TPM: K’jaan Madani peruntuk RM153.2 juta untuk pembangunan Kesedar

Shopee Sale

Kerajaan Madani memperuntuk sebanyak RM153.2 juta bagi pembangunan di Wilayah Selatan Kelantan melalui Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagi tahun 2024 sahaja, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM36.47 juta merangkumi pelaksanaan 27 program dan projek pembangunan.

Beliau berkata untuk rakyat di Tanah Merah, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Kesedar pada 2024 telah memperuntuk RM7.2 juta bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan antaranya kemudahan awam dan infrastruktur perhubungan yang memberi manfaat langsung kepada lebih 10,000 penduduk.

“Projek utama lain kementerian yang akan dilaksanakan di Tanah Merah ialah menaik taraf jalan ke Kampung Kusial yang akan menelan belanja sebanyak RM42.5 juta,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Mukim Batang Merbau di Tanah Merah hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Kesedar Datuk Zawawi Othman.

MENARIK:  Tembakan di KLIA: Foto suspek diedar ke pintu masuk negara

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular