TPM: M’sia hantar 100 kontena bantuan ke Gaza

Shopee Sale

Malaysia menghantar sebanyak 100 kontena merangkumi 1,358 tan barangan terdiri daripada pelbagai sumbangan ke Gaza menerusi misi bantuan kemanusiaan keenam yang dilancarkan hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 100 Kontena Malaysia Dari Kaherah ke Gaza itu yang diketuai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang dekat Kuala Lumpur.

Beliau berkata Malaysia bertekad untuk membela nasib penduduk Gaza dan Palestin dalam apa jua keadaan malah kerajaan sentiasa menyusun serta menghulurkan bantuan di pelbagai peringkat membabitkan agensi dan organisasi seperti Mapim.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga komited untuk membantu Mapim menerusi penghantaran barang ini yang dibeli di Mesir khususnya di Kaherah.

"Jadi, urusan kerajaan dengan kerajaan akan diuruskan oleh Perdana Menteri sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelepasan misi bantuan itu.

Ahmad Zahid juga berkata Anwar dijangka menghubungi Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi untuk membincangkan misi bantuan yang dikendalikan Mapim itu agar dapat memudahkan proses penghantaran sumbangan ke Gaza.

Perdana Menteri turut hadir untuk memberikan sokongan kepada Mapim pada majlis pelepasan misi bantuan itu sebelum beliau berlepas ke Kuantan, Pahang atas urusan rasmi.

Ketua Aktivis Mapim yang juga ketua misi berkenaan Sani Araby Abdul Alim Araby berkata kontena bantuan yang terdiri daripada bahan asas seperti tepung gandum, kotak makanan, barangan ibu dan bayi itu bernilai RM12 juta.

Beliau berkata sumbangan itu juga melalui pendanaan bersama enam badan bukan kerajaan (NGO) diketuai Mapim dengan kerjasama Cinta Gaza Malaysia, Iman Care Malaysia, Pertubuhan Glokal Ihsan Malaysia, Persekutuan Persatuan Islam New Zealand dan Yayasan Al-Khair dari United Kingdom.

MENARIK:  ULASAN | Bagaimana dunia berubah dengan kecerdasan buatan

"Misi ini adalah satu usaha nasional yang dikelolakan oleh NGO dengan dibantu pihak Kerajaan Malaysia sebagai bukti bahawa biarpun kita kerdil atas peta dunia namun kita semua memiliki hati yang besar dan tidak pernah putus asa untuk membela Gaza,” katanya.

Misi bantuan itu membabitkan 20 anggota delegasi yang akan berada di Kaherah selama 10 hari untuk membuat segala persiapan serta proses penghantaran ke sempadan Rafah dan mereka dijangka pulang tiga hari sebelum Aidilfitri.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular