Tragedi Kapar: Pesawat diselenggara pihak tiada kelayakan – laporan

Shopee Sale

Kementerian Pertahanan mengenal pasti beberapa faktor dalam laporan awal pesawat terhempas BK 160 Gabriel di Kapar pada 13 Feb yang mengorbankan dua nyawa.

Laporan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) antaranya mendapati kerja-kerja penyelenggaraan pesawat itu dijalankan oleh pihak tidak berkelayakan, berat muatan berlebihan dan kabinnya tercemar dengan karbon monoksida.

Penyelenggaraannya juga, menurut laporan, menggunakan alat ganti tidak diperakui.

"Terdapat kemungkinan tinggi bahawa terdapat kerja penyelenggaraan tidak teratur lain, berdasarkan pada catatan dalam log penyelenggaraan yang disimpan oleh juruterbang yang telah meninggal," menurut laporan itu.

Laporan awal itu akan disusuli dengan laporan penuh yang dijangka siap selewat-lewatnya 12 bulan dari tarikh insiden.

Dalam insiden pada 1.45 tengah hari, 13 Disember,  juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantunya Roshaan Singh Raina, 43, maut.

Kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat di kawasan ladang sawit.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi.

MENARIK:  Kekalahan Sg Bakap akan beri kesan sama seperti Tg Piai?

[Baca berita asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular