Trauma saksi wanita hamil maut sementara tunggu pakar kardiotoraks

Shopee Sale

Tidak mudah untuk seorang pakar anestesiologi dan penjagaan kritikal memadamkan kenangan melihat detik-detik akhir seorang ibu menghembus nafas terakhir di sebuah hospital suatu ketika dulu.

Puncanya, wanita terbabit tidak mendapat rawatan kerana kekurangan pakar bezah kardiotoraks sehingga dia tidak dapat dibantu pada waktu yang sepatutnya.

Dr Abdul Jabbar Ismail mendedahkan, kejadian itu berlaku ketika dia berkhidmat di sebuah hospital kerajaan di Sabah. Memori tersebut menyebabkan dia mengalami kecelaruan stres pascatrauma (PTSD).

Dia menceritakan pengalaman itu semasa menjawab komen di media sosial mengenai polemik kewajaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka pintu program latihan pascasiswazah pembezahan kardiotoraks kepada pelatih bukan bumiputera.

Langkah itu dicadangkan sebagai penyelesaian kepada isu kekurangan tenaga pakar bidang tersebut di negara ini kesan daripada sesetengah latihan lanjutan luar negara tidak diiktiraf.

Bercakap kepada Malaysiakini, Abdul Jabbar berkata, ibu muda itu sedang hamil 20 minggu apabila gagal diselamatkan.

Doktor pakar itu yang kini mengajar di Universiti Malaysia Sabah berkata semasa dia menjawab komen di media sosial itu, tangannya menggigil apabila terkenang detik tersebut.

Dia juga menegaskan doktor pakar dalam bidang perbidanan dan ginekologi serta onkologi adalah lebih penting untuk kesejahteraan rakyat.

"Saya telah menyaksikan begitu banyak kematian hanya kerana tiada pakar bezah kardiotoraks," katanya.

Bayangkan anak sendiri

Kes yang paling memberi PTSD, katanya Abdul Jabbar, ialah membabitkan seorang wanita hamil dengan pembezahan aorta menaik dan kegagalan jantung dekompensasi akibat regurgitasi mitral yang teruk.

Katanya wanita terbabit cukup stabil untuk dibawa dari sebuah hospital daerah ke unit rawatan rapi (ICU) di hospitalnya bagi menunggu seorang pakar bezah kardiotoraks selesai menyelamatkan nyawa seorang pesakit lain.

“Tetapi malangnya keadaan itu tidak cukup lama sehingga sampai gilirannya dibezah apabila tiba-tiba jantungnya berhenti dan saya terpaksa melakukan CPR selama berjam-jam kerana enggan berputus asa… sebelum akhirnya saya terpaksa mengalah," katanya.

MENARIK:  Umat Islam M'sia mula puasa Selasa 12 Mac

Menurut Abdul Jabbar selepas insiden pada Okt 2021 itu berlaku, persoalan mengenai bagaimana jika negara ini terus dibelenggu masalah kekurangan pakar bezah kardiotoraks tetap berlegar di fikirannya.

"Kalaulah ketika itu kami ada seorang saja lagi pakar bezah kardiotoraks...

“(Tetapi) itu semua sudah berlalu… Semuanya ‘kalau’... dan bayangkan saya terpaksa menyampaikan berita sedih itu kepada suami si mati.

"Bayangkan (bagaimana kita boleh) mengatakan pakar bezah kardiotoraks tidak penting dan pesakit (yang perlu mendapatkan rawatan itu) adalah isteri, atau suami, atau anak anda sendiri?" katanya.

Kenyataan itu dibuat Abdul Jabbar sebagai reaksi kepada satu lagi pandangan yang memperkecilkan kepentingan pakar bezah kardiotoraks di negara ini.

Carian di Pejabat Pendaftaran Pakar Kebangsaan menunjukkan ketika ini terdapat 88 doktor menyenaraikan pembezahan kardiotoraks sebagai kepakaran pertama atau kedua mereka.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular