Trump: TikTok mungkin dibenar beroperasi sementara di AS

Shopee Sale

Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu, lapor Xinhua.

Trump berkata aplikasi perkongsian video popular itu mungkin telah membantu menarik pengundi utama dalam pilihan raya presiden, dan menyatakan kemungkinan untuk mengekalkan TikTok beroperasi "untuk sementara waktu".

"Kami menggunakan TikTok dan kami mendapat sambutan yang hebat. Kami memperoleh berbilion-bilion tontonan," kata presiden terpilih itu pada acara yang dianjurkan oleh organisasi konservatif Turning Point USA di Phoenix, Arizona.

Trump menambah, beliau diperlihatkan carta yang menunjukkan jumlah tontonan yang diterima oleh kempennya pada aplikasi itu.

Pada Rabu, Mahkamah Agung AS bersetuju untuk menyemak permohonan daripada TikTok dan syarikat induknya dari China, ByteDance, untuk menghalang penguatkuasaan undang-undang yang berpotensi menyebabkan penjualan aplikasi itu sebelum 19 Januari ini atau berdepan larangan atas alasan keselamatan negara.

MENARIK:  Majlis Keselamatan terima resolusi gencatan senjata di Gaza

Mahkamah tertinggi negara itu dijadual mendengar hujahan kes berkenaan pada 10 Januari ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular