Trump umum atur pertemuan bersama Putin

Shopee Sale

GLOBAL | Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bakal dilantik Donald Trump pada Khamis mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Beliau (Putin) mahu bertemu dan kami sedang mengaturnya," kata Trump kepada wartawan sebelum menghadiri mesyuarat bersama gabenor Parti Republikan di kediamannya di Mar-a-Lago, Palm Beach, Florida.

Bagaimanapun, Trump tidak memberikan butiran lanjut mengenai pertemuan yang mungkin diadakan itu.

"Presiden Putin mahu bertemu. Beliau juga menyatakannya secara terbuka dan kita perlu menamatkan peranang itu. Itu adalah kekacauan berdarah," katanya, merujuk kepada peranang Rusia-Ukraine.

Mengenai Presiden China Xi Jinping, Trump berkata mereka telah berkomunikasi secara intensif.

"Kami mempunyai banyak mesyuarat yang dirancang dengan ramai pihak.. tetapi saya lebih suka menunggu sehingga 20 Jan" katanya, merujuk kepada tarikh pelantikannya sebagai Presiden AS.

MENARIK:  Polis tahan lelaki pukul dan ugut bakar anak kandung

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular