Tujuh maut, 33 cedera dalam nahas lebuh raya Plus

Shopee Sale

Tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Pisar Aziz berkata nahas itu membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, sebuah treler dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang terbunuh dalam kemalangan ngeri tersebut membabitkan tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan.

“Lima mangsa merupakan pemandu dan penumpang Toyota Estima, membabitkan dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan seorang bayi perempuan.

“Manakala dua lagi mangsa masing-masing seorang pemandu bas persiaran dan wanita yang merupakan penumpang bas tersebut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Alor Gajah awal pagi tadi.

Beliau berkata kesemua jenazah dihantar ke Hospital Melaka untuk bezah siasat.

Sementara itu Mohd Pisar berkata 17 mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Melaka, 10 mangsa ke Hospital Alor Gajah dan enam lagi ke Hospital Pantai Ayer Keroh.

MENARIK:  Fama tingkat edaran beras tempatan bermula bulan depan

Beliau berkata mangsa mengalami pelbagai kecederaan dan polis masih mengenal pasti identiti kesemua mangsa terlibat.

Terdahulu Mohd Pisar berkata pihak bomba menerima panggilan kira-kira pukul 8.45 malam, sebelum 27 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Difahamkan insiden itu mengakibatkan kesesakan lebih 10 kilometer di kedua-dua arah lebuh raya berkenaan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular