Tujuh tahun ulang-alik JPN, wanita lega anak angkat akhirnya dapat MyKad

Shopee Sale

Selepas tujuh tahun berusaha mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk anak angkat perempuannya, seorang wanita menarik nafas lega apabila berjaya memperoleh kad pengenalan hari ini.

Ting Shi Er, 12, menerima sendiri kad pengenalan itu daripada Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dalam satu majlis di Pusat Khidmat Ayer Tawar di Lumut.

Lee Nguik Kiew, 55, dari Kampung Koh, Sitiawan ketika ditemui pemberita berkata dia sering berulang-alik ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi permohonan dokumen pengenalan diri anak angkatnya itu, namun tidak memperoleh sebarang keputusan daripada pihak berkaitan.

“Saya pernah berusaha mendapatkan kad pengenalan melalui ejen, tetapi tidak berjaya. Saya sangat bimbang kerana anak semakin membesar, susah hendak ke sekolah kerana tiada dokumen pengenalan.

“Dua bulan lepas saya datang sendiri ke pejabat Ahli Parlimen (Ngeh) meminta tolong dan tak sangka proses (memperoleh dokumen pengenalan diri) cepat dan berjaya,” katanya yang menjaga anak angkat itu sejak kecil lagi.

Lee berkata Ting tidak mempunyai sijil lahir ketika dia diambil daripada seorang saudaranya.

Sementara itu, Ngeh berkata sebanyak 28 individu terdiri daripada enam dewasa dan 22 orang yang berusia 21 tahun ke bawah yang layak, berjaya memperoleh kad pengenalan masing-masing hari ini.

Bagaimanapun, tiga individu dewasa itu tidak sempat memperoleh kad pengenalan berkenaan kerana telah meninggal dunia baru-baru ini.

MENARIK:  Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Malaysia

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memberi kelulusan dengan cepat kerana ada antara pemohon yang sudah berusaha memohon kad pengenalan sejak 2008 lagi, namun tidak berjaya.

“Mereka (penerima kad pengenalan) ini layak mempunyai kad pengenalan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang negara.

“Hal ini kerana adalah menjadi kesukaran sekiranya mereka tidak mempunyai kad pengenalan seperti mahu ke sekolah, membuka akaun bank, hendak berkahwin atau bekerja kerana ia menjadi satu perkara yang sangat rumit,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular