Tumpahan minyak dari S'pura: Pembersihan pantai di Johor mulai hari ini

Shopee Sale

Kerja-kerja pembersihan di pantai Sungai Rengit dan Teluk Ramunia susulan tumpahan bahan api marin (MFO) di perairan Pengerang, bermula secara rasmi 9.30 pagi hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata syarikat insurans kapal yang terbabit dalam pelanggaran dan mengakibatkan tumpahan itu, telah melantik kontraktor untuk kerja-kerja pembersihan tersebut dan akan menanggung kos terlibat.

"Kejadian pelanggaran kapal pada Jumaat minggu lepas (14 Jun) di sebuah pelabuhan dalam wilayah Singapura telah menyebabkan tumpahan minyak sebanyak 400 tan.

"Dengan keadaan ombak yang bergelora selama beberapa hari, tumpahan minyak tersebut telah hanyut ke perairan negara kita iaitu di Pengerang dan pada pagi Rabu lepas, kesan tumpahan minyak tersebut telah ditemukan di pantai Sungai Rengit dan Teluk Ramunia dan telah mencemarkan kira-kira satu kilometer garis pantai di sini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Pejabat Daerah Kota Tinggi, Jabatan Laut dan agensi berkaitan akan memantau kerja-kerja tersebut bagi memastikan kawasan pantai dan permukaan laut yang tercemar dibersihkan dan keadaan kembali seperti biasa.

MENARIK:  Pendaftaran Urimai: Ramasamy pertimbang saman kerajaan 

Ling berkata JAS Johor juga akan terus bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar Singapura untuk memastikan insiden pencemaran minyak itu dapat diselesaikan dengan berkesan.

Semalam, beliau dilaporkan berkata JAS Johor giat menjalankan pemantauan susulan kes pelanggaran antara kapal Vox Maxima dari Belanda dengan kapal tangki minyak Marine Honor dari Singapura di Terminal Pasir Panjang, Singapura.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular