Tutup pintu pagar balai 10 malam: Aduan, khidmat jalan macam biasa – IGP

Shopee Sale

Penyampaian perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjalan seperti biasa walaupun arahan agar pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata orang ramai masih boleh membuat aduan dan laporan seperti biasa.

Beliau berkata arahan kepada semua balai itu akan dilaksanakan selepas prosedur operasi standard (SOP) mengenainya dibentangkan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Azmi Kassim.

"Seperti yang ditegaskan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kita seharusnya mengimbangi bahawa balai polis adalah tempat rakyat mengadu dan pada masa sama balai polis turut menjadi sasaran ancaman, jadi kita seimbangkan antara dua keperluan itu," katanya ketika dihubungi.

Razarudin berkata pelaksanaan arahan agar pintu pagar balai ditutup selepas 10 malam setakat ini melibatkan balai di kawasan terpencil dan luar bandar.

Pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin Nasution berkata Kementerian Dalam Negeri mengarahkan pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam sebagai langkah keselamatan berikutan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, baru-baru ini.

MENARIK:  Pihak KK Super Mart akan dipanggil beri keterangan - IGP

Saifuddin Nasution berkata arahan itu dilaksanakan bagi mengimbangi keperluan masyarakat untuk ke balai polis dan menjaga keselamatan anggota yang bertugas.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular