Ucapan pro-Zionis: Zambry tegur UM, arah kemuka segera laporan

Shopee Sale

Kementerian Pengajian Tinggi membatalkan segera semua program dan aktiviti melibatkan seorang ahli akademik yang berpangkalan di AS selepas dia membuat kenyataan pro-Zionis semasa berucap di Universiti Malaya (UM).

“Saya turut meminta UM menyiasat perkara itu dan melaporkan segera butiran lanjut,” kata Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan semalam.

Pada 23 April lalu, semasa menyampaikan ucapan di universiti berkenaan, profesor sains politik dari Portland State University’s, Bruce Gilley, mendakwa ahli politik Malaysia menyokong Holocaust kedua terhadap Yahudi.

Semakan Malaysiakini mendapati Gilley membuat kenyataan itu semasa ucaptama syarahan bertajuk “Will Malaysia become an active middle power?”

Dalam ucapannya, Gilley berkata negara yang memiliki pemimpin politik "menyokong Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan pernah menjadi pihak yang serius dalam urusan dunia dan pastinya tidak akan pernah menjadi rakan atau rakan kongsi AS."

Gilley juga berkongsi petikan berkenaan dalam hantaran akaun X.

Untuk memberikan contoh, dia memetik kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu pada perhimpunan pada Okt tahun lalu bahawa "Israel akan hilang tidak lama lagi".

MENARIK:  Jakim beri amaran keras pada KK Mart

Kenyataan ahli akademik itu mencetuskan kemarahan pemangku Presiden Muda Amira Aisya Abd Aziz.

Amira menegaskan bahawa sebenarnya kerajaan Zionis Israel itulah yang melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

“Institusi akademik harus berhati-hati dalam menjemput penceramah dan pensyarah yang menyebarkan naratif pro-Zionis.

"Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka," tulisnya.

Perlu penilaian wajar

Sementara itu, Zambry menggesa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan supaya lebih berhati-hati memilih penceramah serta membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput mana-mana individu atau pihak ke majlis dalam program yang dianjurkan.

“Setiap keputusan yang diambil perlu mengambilkira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendiriaan kerajaan.

“Walaupun IPT diberi autonomi untuk memutuskan program-program intelektual tetapi itu bukan bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat Malaysia,” jelasnya.

Tambah Zambru, jika kesarjanaan seseorang itu memang diselaputi pelbagai kontroversi dan nilai akademiknya dipertikaikan, tidak ada sebab dia dibawa menjadi sarjana pelawat.

“Perlu ada penilaian yang wajar sebelum memilih,” katanya.

Dalam kemas kini d media sosial, Gilley didapati memadam siarannya pada X dengan memetik faktor keselamatan sebagai alasan.

“Saya telah membuang hantaran di bawah demi keselamatan dan kesejahteraan rakan-rakan saya di UM, yang kepimpinannya telah bertindak balas terhadap bantahan pelajar.

“Petikan daripada ucaptama saya mencerminkan pandangan saya sahaja.

"Saya kesal dengan kemudaratan yang saya cetuskan kepada rakan-rakan akademik saya,” katanya.

[Baca berita asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular