Ulama PAS pun pernah tersasul, kata Khairuddin

Shopee Sale

Tersilap dalam melafaz kata adalah suatu kesalahan yang boleh dimaafkan, kata seorang pemimpin kanan Majlis Ulama Umno.

Menurut Mohd Khairuddin Aman Razali, kesilapan sebegitu bukanlah asing kepada sesiapa dan boleh berlaku ke atas mana-mana individu secara di luar kawalan.

Katanya dalam Islam mengajar umatnya bahawa kesilapan yang tidak disengajakan itu boleh dimaafkan walaupun ia kelihatan dari luaran melibatkan sesuatu yang besar.

Memetik hadis Nabi Muhammad SAW, Mohd Khairuddin berkata, ada seorang hamba yang terlalu gembira apabila untanya ditemui semula selepas hilang beberapa ketika.

Dalam keadaan kegembiraan yang bersangatan itu, kata bekas ahli parlimen Kuala Nerus berkenaan, hamba terbabit tersasul semasa mengucapkan syukur sehingga berkata "Ya Allah! Kamulah hambaku dan akulah Tuhanmu".

"Kegembiraan yang amat sangat menjadikan si hamba tadi tersasul menyebut perkataan yang pada zahirnya menjadikan dirinya kufur sedangkan niatnya ialah bersyukur kepada Allah," katanya dalam hantaran semalam.

Merujuk kepada ucapan Ahmad Zahid Hamidi, Mohd Khairuddin berkata, timbalan perdana menteri itu secara tidak sengaja menyebut "hidup Israel" sedangkan majlis berkenaan dibuat bagi menyatakan sokongan kepada Palestin.

Ahmad Zahid Hamidi

"Ia merupakan kesilapan yang berlaku dalam keghairahan dan semangat mendukung Palestin dan menentang rejim haram Israel.

"Malah berulang kali sebelum dan selepasnya beliau menyebut kata-kata yang tepat iaitu 'hidup Palestin, hancur Israel'.

"Kesilapan tersebut termasuk dalam kategori kesilapan yang dimaafkan oleh Allah dan tidak diambil kira dalam catatan amalan sebagaimana hadis nabi yang bermaksud: 'Sesungguhnya Allah menggugurkan daripada umatku kesilapan, lupa dan apa yang dipaksakan ke atas dirinya." katanya.

Hiasi dengan akhlak mulia

Kelmarin sesetengah pihak mengecam atau mempersendakan petikan ucapan Ahmad Zahid semasa berada di atas pentas himpunan anjuran kerajaan bagi menyatakan sokongan kepada Palestin.

MENARIK:  Bicara Najib: Jasmine Loo nafi buat perjanjian dengan SPRM, pendakwa raya

Ia diadakan sesudah pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh, terkorban dalam serangan rahsia rejim Zionis di Teheran, Iran.

Ahmad Zahid yang juga presiden Umno didapati tersasul apabila melaungkan "Hidup Israel" namun dia kemudian memohon maaf atas kesilapan tersebut.

Mohd Khairuddin berkata amat malang apabila musuh politik kerajaan - yang dianggap berakhlak rendah - mempersendakan kesilapan yang tidak disengajakan tersebut.

Padahal, kata bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat itu lagi, Menteri Besar Kelantan juga pernah tersasul semasa berucap di Nenggiri dengan "PAS adalah Bersatu, dan Bersatu adalah DAP".

"Begitu juga pernah berlaku seorang pimpinan Dewan Ulama PAS tersasul mendoakan kemusnahan Perikatan Nasional ketika berdoa secara beramai-ramai dalam perhimpunan.

"Justeru marilah kita serikan pentas demokrasi politik negara kita dengan hiasan akhlak mulia meskipun kita berbeza," katanya yang juga penasihat agama Ahmad Zahid.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular