ULASAN | 10 tahun dan satu hari Karpal pergi

Shopee Sale

Saya sedar minggu ini ulang tahun ke-10 pemergian tragis seorang rakyat Malaysia yang paling menarik pernah saya jumpa.

Atas alasan peribadi, sukar untuk saya menulis belasungkawa dan penghormatan buatnya. Namun apabila tibanya tanggal itu, saya terpanggil untuk berkongsi saat-saat singkat bersama lelaki itu.

Saya bertemunya tiga kali saja. Sekali di parlimen dan dua kali di pejabatnya di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, selepas dia cedera parah dalam kemalangan pada 2015 yang merosakkan saraf dan menyebabkannya terpaksa menggunakan kerusi roda.

Di sebalik segala cabaran, dia tetap dengan perjuangan seumur hidupnya demi keadilan dan kesaksamaan di Malaysia yang cukup menarik.

Pertemuan pertama kami berlangsung pada Jun 2010 di pejabatnya. Saya ketika itu mahu mendapatkan bahan untuk menulis rencana sempena hari jadi ke-70 Karpal.

Dia beritahu saya supaya jumpa isterinya Gurmit Kaur ketika sedang memberi makan kambing. Gurmit ketika itu datang dari Thailand ke Pulau Pinang untuk bersekolah.

Katanya, terdapat sedikit pertentangan dalam rumah tangga mereka tetapi apabila dapat anak pertama, keadaannya segera berubah dan teratur.

Karpal mendedahkan dia juga seorang pelajar yang suka main-main, menyebabkan kuliahnya dalam bidang undang-undang di Singapura berpanjangan sehingga tujuh tahun. 

Perkara itu menyebabkan dekan Tommy Koh memanggilnya dan berkata:

“Mulai sekarang, kamu akan duduk depan kelas dengan saya!”

Tindakan Koh itu menyebabkan Karpal berhenti main-main dan akhirnya dia lulus tidak lama selepas itu.

Satu lagi drama berkaitan keputusannya untuk menggunting rambut, yang sama sekali bertentangan dengan ajaran Sikhisme.

“Hingga 1970 saya masih pakai serban Sikh. Malah pada tahun 1969 di Pulau Pinang, saya sudah sedia hendak potong rambut. Dan saya sudah duduk di kerusi dalam kedai gunting untuk menunggu giliran. Tetapi bila saya tengok tingkap, saya nampak bapa saya sedang kayuh basikal. Saya pun cabutlah!

“Esoknya saya berada di Alor Setar dan hari itu sangat panas, musim angin timur. Saya baru saja mula bertugas sebagai peguam. Saya basuh rambut dan memakai serban. Ini ambil masa. Saya putuskan kena buat sesuatu.

“Tidak mudah untuk buat tindakan sebegitu. Saya seorang dalam bilik, mundar balik ke depan dan ke belakang. Akhirnya saya ikat rambut, ambil gunting dan kerat ekor rambut. Lepas itu saya ke kedai gunting dan gunting betul-betul.”

Kemudian muncul isu lain–bagaimana untuk berdepan dengan mak ayah.

“Saya pakai balik serban tetapi mak saya perasan saya nampak lain dari belakang. Dia kemudian menangis. 

“Kau sudah malukan kami,” teriaknya.

Mujur bapanya menenangkan keadaan.

Lelaki ada prinsip

Sementara itu, bercakap soal pemimpin yang dikaguminya, Karpal memberi nama yang mengejutkan–Tunku Abdul Rahman, pemimpin Umno dan perdana menteri pertama.

“Pada saya, Tunku Abdul Rahman yang paling hebat. Dialah satu-satunya orang yang bertekad menjadi pemimpin untuk seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa.

“Saya tahu ada yang ditangkap semasa pentadbirannya tetapi dia tidak betul-betul berkuasa dalam isu keselamatan, itu lebih kepada kerja pihak lain,” katanya.

Ketika saya membesar, media kawalan kerajaan menggambarkan Karpal sebagai orang yang banyak mencabar dan membuat kecoh. Tidak banyak alternatif untuk itu. Dia tidak pernah lari dari perjuangan atau menggadaikan prinsip.

MENARIK:  PAS pinda perlembagaan bagi masukkan peruntukan antilompat parti

Dia selalu terlibat dalam debat hangat tidak kira sama ada di parlimen atau mahkamah.  S Samy Vellu antara musuh terkenalnya. Karpal bergurau, oleh kerana itu mendapat gelaran Harimau Jelutong.

“Saya cakap pada Samy, kamu boleh jadi singa tetapi saya akan jadi harimau kerana di Malaysia tidak ada singa.”

Saya tanya Karpal apa pandangan dia pada Samy. Saya terkejut dengan jawapannya memandangkan penyokong mereka macam kucing dengan anjing.

“Kami tiada niat jahat. Kami ada kerja masing-masing untuk dibuat. Kadang-kadang saya terlebih sikit tetapi saya terpaksa buat. Masa itu era lain dan sebahagian dari permainan. Sama ada kamu pukul atau dipukul. Saya dulu minum arak, lepas beberapa tin, jadilah,” katanya bergurau.

“Saya tahu saya digambar oleh media sebagai garang, lelaki garang. Kadangkala ini membantu.

Bila saya bangkit dalam mahkamah, saya belum buka mulut saksi dah terketar-ketar,” dedahnya.

Satu lagi jenaka keluar dari mulutnya apabila saya tanya sama ada dia kuat agama.

“Saya ada kepercayaan saya tetapi biar saya beritahu kamu, saya dah masuk parlimen, parti, mahkamah tetapi tiada tempat lebih politik berbanding Gurdwara.”

Apa yang Karpal fikir?

Sementara itu, menyentuh penyakit lumpuhnya, dia berbicara dengan serius. Bagi Karpal perkara itu satu tamparan hebat dan dia berasa seperti terpenjara dalam diri sendiri.

Saat-saat penuh emosi lain apabila dia menceritakan keterasingan dengan keluarga ketika ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Operasi Lalang ketika era Mahathir Mohamad.

Kali kedua saya ke pejabatnya saya mewawancaranya untuk projek buku saya Malaysian Murders & Mysteries (Misteri dan Pembunuhan di Malaysia) yang menceritakan semula jenayah-jenayah sebenar yang berlaku.

Dia begitu bersemangat. Satu jam wawancara menjadi tiga jam. Dan dia malah memberikan nasihat undang-undang berkaitan apa yang patut dibuat dan dimasukkan dalam buku itu.

Beberapa tahun selepas itu saya memberitahu anaknya Ramkarpal berkaitan perkara itu.

“Bapa saya memang macam itu. Kalau dia suka kamu, dia akan beri masanya.”

Mendiang Karpal sentiasa tegas dengan isu masyarakat majmuk dan Malaysia yang sekular. Dan saya tertanya-tanya apa yang difikirkannya mengenai kedudukan parti dan negaranya.

Saya percaya dia mahu menggoncang keadaan. Dan kita semua akan mendapat kebaikan daripadanya.


MARTIN VENGADESAN bertugas sebagai editor bersekutu di Malaysiakini.

Bagaimanapun tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian portal ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular