ULASAN l Semoga kematian Ismail, ribuan rakyat Palestin tidak sia-sia

Shopee Sale

ULASAN l Ketika kita warga dunia berkabung kerana kematian pemimpin Hamas Palestin, Ismail Haniyeh maka kita masyarakat dunia juga bertanggungjawab melaksanakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ICJ) di Hague, Belanda baru-baru ini.

Ini penting semoga kematian Ismail, tiga anak lelakinya dan empat cucunya serta lebih 39,000 rakyat Palestin di Gaza yang dibunuh oleh regim Zionis Israel tidak sia-sia.

ICJ memutuskan bahawa rakyat Palestin berhak hidup dalam sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

ICJ juga memutuskan bahawa penjajahan Israel ke atas bumi Palestin termasuk Gaza dan Tebing Barat adalah haram kerana melanggar undang-undang antarabangsa.

Selanjutnya ICJ mengisytiharkan bahawa Israel mesti segera keluar dari bumi Palestin.

ICJ juga memutuskan bahawa regim Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai atau genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Dalam hubungan ini saya menyeru kerajaan Malaysia khususnya supaya menggerakan inisiatif dinamik diplomatik antarabangsanya ke arah kemerdekaan sebuah negara Palestin yang berdaulat.

Sebagai simbol solidariti dengan ribuan rakyat dan pejuang-pejuang Palestin yang telah terkorban dibom dan diserang oleh regim zionist Israel maka saya berpendapat bahawa Malaysia wajib menghentikan sebarang bentuk kerjasama secara langsung atau tidak langsung dengan entiti-entiti yang berkait rapat dengan regim zionist Israel seperti konglomerat pelaburan antarabangsa yang bernama BlackRock.

MENARIK:  Mata, kulit seperti kita - Ramkarpal persoal sikap membungkam PAS

Justeru, dalam masa masyarakat Malaysia berkabung dan bersedih dengan gugurnya Ismail maka adalah wajar Malaysia membatalkan penjualan sebahagian besar saham MAHB sebuah syarikat strategik negara kita kepada Global Infracture Partners (GIP) yang dikuasai oleh BlackRock.


HASSAN ABDUL KARIM adalah ahli Parlimen Pasir Gudang.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular