Jangan tuding jari pada mahkamah.
Kuasa dakwa kes pecah amanah bernilai hampir RM 6.6 bilion adalah hak peguam negara.
Tugas sediakan pertuduhan dan dokumen-dokumen berkaitan keterangan wujudnya pecah amanah, kerja pendakwa raya.
Dokumen-dokumen ini kebanyakannya dicop “rahsia”. Tak boleh guna kalau tak padam status “rahsia rasmi”.
Baca: Najib, Irwan lepas kes pecah amanah RM6.6 bilion IPIC
Kerajaan yang ada kuasa untuk wujud dan padam cop “rahsia rasmi”. Siapa kerajaan sekarang?
Antara dokumen yang ada cop "rahsia rasmi" adalah mesyuarat-mesyuarat kabinet dan Kementerian Kewangan. Siapa Menteri sekarang?
Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) amat jelas. Kuasa untuk padam status dokumen "rahsia rasmi" ada pada menteri.
Mengapa kerajaan tak buat?
September 2023, setelah kerajaan baru mentadbir, timbalan perdana menteri lepas tanpa bebas 47 kes.
Hari ini bekas perdana menteri, bekas presiden Umno dan seorang lagi ketua setiausaha negara (KSU) perbendaharaan lepas tanpa bebas.
Siapa kerajaan pada September 2023 dan November 2024?
Apa yang rahsia sangat?
Mahkamah hanya boleh putus apa yang dibentang depannya.
Apa pendakwa raya buat?
Apa "rahsia rasmi" sebalik peristiwa ini?
Cukuplah guna alasan konon mahkamah yang putuskan. Jangan tipu rakyat.
Peguam negara perlu jawab pada parlimen supaya parlimen boleh semak dan imbang.
Jangan guna alasan lepas tanpa bebas boleh tuduh semula. Enam tahun buang masa. Lepas ini siapa dan berapa lama nak buang masa?
Lepas tanpa bebas 47 kes prima facie sudah setahun, yang untung hanya mereka yang berkuasa dan berdarjat.
Sampai bila nak kena tipu?
RAFIQUE RASHID ialah ketua penerangan Pejuang.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.