ULASAN | Lobi Israel di Amerika terlalu kuat

Shopee Sale

Semua tahu dan sedar bahawa Israel hanya sebuah negara–bagi sebahagian negara Islam, Israel dianggap negara haram di Timur Tengah–yang kecil dalam segala hal khususnya dari segi saiz.

Keluasan Amerika adalah 9,833,517km per segi sedangkan saiz negara Israel hanya sekadar 21,937km persegi.

Oleh itu, keluasan Israel berbanding Amerika sekadar 0.22 peratus sahaja.

Dengan lain perkataan, Israel ini 448 kali lebih kecil berbanding Amerika Syarikat.

Dan kita juga maklum bahawa Israel boleh dikatakan bergantung hampir sepenuhnya kepada Amerika dalam semua hal apatah lagi dalam bidang persenjataan.

Menurut sebuah artikel yang diterbitkan oleh Council on Foreign Relations bulan lalu, disebut:

“Israel menjadi penerima bantuan asing keseluruhan terbesar daripada AS sejak penubuhannya, menerima kira-kira AS$300 billion (diubah dengan mengambil kira kadar inflasi) dalam bentuk bantuan ekonomi dan ketenteraan.”

Dan hampir semua bantuan Amerika kepada Israel hakikatnya membantu ketenteraan Israel–ketenteraan yang paling canggih di Timur Tengah.

Dalam menghadapi Hamas, Amerika memperuntukkan (melalui memorandum persefahaman atau MoU) Israel hampir AS$4 bilion setiap tahun sehingga tahun 2028.

Kongres juga mempertimbangkan berbilion dolar Amerika sebagai bantuan tambahan bagi memerangi Hamas (baca: membunuh kanak- kanak, wanita dan orang tua di Palestin).

Kebanyakan bantuan yang Amerika salurkan kepada Israel–hampir AS$3.3 bilion setiap tahun diperuntukkan sebagai geran bawah program yang dikenali sebagai FMF atau Peruntukan Ketenteraan Asing.

Melalui geran ini, Israel wajib gunakannya untuk membeli senjata dan perkhidmatan dari AS.

Logiknya dengan bantuan yang sebegitu rupa, yang Amerika berikan kepada Israel, dan dengan penggantungan yang hampir mutlak Israel ke atas Amerika dari aspek sekuriti, maka Amerika sewajarnya atau sepatutnya mempunyai enormous leverage ke atas Israel.

MENARIK:  Sebulan nyah klasifikasi dokumen, bicara IPIC Najib-Irwan ditangguhkan

Tetapi apakah dengan berbekalkan "such an enormous leverage" ke atas negara kecil itu, Amerika masih mampu menggunakan leverage tersebut ke atas Israel?

Dan mengapakah Amerika dilarang memperlakukan Israel sepertimana negara negara lain di dunia?

Ya, jawapannya hanya satu, iaitu gagahnya lobi Israel di Amerika sehingga menundukkan semua pihak di Amerika, khususnya penggubal polisi di negara Uncle Sam itu dan ahli politik, termasuk para presidennya.


MOHAMED HANIPA MAIDIN ialah mantan ahli parlimen Sepang.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular