ULASAN | Perhalusi lantikan naib canselor agar pisang tak berbuah dua kali

Shopee Sale

Isu kenyataan kontroversi yang dibuat oleh seorang profesor yang dipercayai pro-Israel, Bruce Gilley, ketika tampil sebagai penceramah jemputan di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini masih belum reda. 

Masih terdengar suara-suara yang menginginkan pengurusan tertinggi Universiti Malaya dirombak dan memastikan kejadian seperti itu tidak lagi berulang demi perpaduan dan sensitiviti masyarakat Malaysia. 

Rata-rata berpandangan isu seperti ini tidak seharusnya timbul.

Universiti bukan sahaja perlu peka, malah perlu mengambil tanggungjawab serius dan tidak hanya berselindung di sebalik alasan ‘kebebasan akademik’ bagi menutup kegagalan mereka menyaring pensyarah jemputan.

Hal ini ternyata mendapat perhatian serius perdana menteri yang menyatakan dengan tegas agar pihak universiti tidak mengundang pensyarah berkualiti rendah sebagai pensyarah pelawat. 

Kata beliau: "Sejak mula lagi cendekiawan yang biasa-biasa sahaja (mediocre) tidak seharusnya dibawa masuk sebagai profesor pelawat.”

Tindakan UM yang menjemput Bruce Gilley tidak hanya mencemar nama baik negara dan UM sebagai sebuah universiti terkemuka di negara ini, malah membuktikan bahawa wujudnya pengurusan tertinggi universiti yang tidak kompeten dan memahami aspirasi kerajaan perpaduan yang wujud pada hari ini. 

Pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi harus mengambil tindakan tegas agar hal yang sama tidak berjangkit dengan universiti-universiti lain di negara ini.

Belum pun reda isu di atas, kerajaan perpaduan sekali lagi seakan-akan ‘ditikam’ dari belakang oleh agensinya sendiri, apabila isu status kelayakan akademik yang dimiliki oleh calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) dari Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut ‘meletup’ serta dipertikaikan oleh banyak pihak.

Ini berhubung  Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang dikatakan diperoleh dalam tempoh hanya tiga tahun setelah menyelesaikan Diploma Eksekutif Pengurusan pada tahun 2019, tanpa melalui Ijazah Muda Eksekutif. 

Respon ‘luar biasa’

Isu yang dibangkitkan oleh banyak pihak bukanlah berkenaan keshahihan sijil-sijil akademik tersebut, sebaliknya berkenaan respon dan penerangan pantas pihak universiti yang ‘agak luar biasa’ sehingga dilihat seolah-olah ‘membela’ dan memberi kredit kepada calon PN. 

MENARIK:  Exco pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru

Pihak UMPSA juga  mengabaikan penerangan yang lebih holistik berkenaan program, jeda, signifikan tempoh dan mekanisme pembelajaran yang ditawarkan di UMPSA Advanced. 

Sebaliknya lebih memberi penekanan kepada isu keshahihan sijil calon PN tersebut agar ia tidak lagi dipertikaikan oleh orang ramai. 

Lebih menghairankan, isu ini hanya dijawab oleh ketua pegawai eksekutif UMPSA Advanced, tidak kedengaran pula penjelasan atau kenyataan yang lebih menyeluruh daripada pucuk pimpinan universiti seperti naib canselor sendiri. 

Sebagai pemerhati dari luar, saya merasakan sudah sampai masanya pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi melihat unsur-unsur ‘deep state’ yang mungkin wujud secara halus di universiti-universiti  sebelum ia menjadi duri dalam daging dan mengganggu usaha perubahan yang mahu dilakukan bawah kerajaan perpaduan. 

Pelantikan naib canselor di setiap universiti juga perlulah disaring dengan teliti, perkenalkan wajah-wajah baharu yang mesra, muda dan bukan dalam kalangan yang sudah bersara agar universiti kekal remaja, relevan, bertenaga dan menghayati aspirasi kerajaan yang ada pada hari ini. 

Rakyat mahukan setiap universiti bergerak bersama menjayakan agenda Madani, yakni misi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk Malaysia yang lebih baik dan harmorni.   


ZULKIFLI MOHAMED adalah mantan pelajar UMPSA.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular