Umno cuma bincang keputusan Mahkota, tak sentuh ‘usikan’ pada PH – sumber

Shopee Sale

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno kelmarin hanya menyentuh tentang kemenangan BN di Mahkota, Johor pada 28 Ogos, tetapi tidak menyentuh “usikan” pemimpin parti itu terhadap Pakatan Harapan (PH).

"Isu berkaitan dengan komen Nur Jazlan Mohamed tidak dibincangkan dalam mesyuarat MKT," kata seorang ahli MKT yang enggan namanya didedahkan.

Sumber percaya kenyataan Nur Jazlan yang mencetuskan debat hangat antara pemimpin kerajaan tidak disentuh kerana ia hanya pendirian individu, bukan parti.

Selain isu pengurusan parti, tiada isu semasa lain dibincangkan dalam mesyuarat itu, tambahnya.

Menurut sumber, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kepimpinan parti supaya tidak angkuh dengan kemenangan sebaliknya meneruskan khidmat bakti kepada rakyat.

Ahmad Zahid juga turut merakamkan penghargaan kepada rakan komponen BN serta PH kerana membantu kempen di Mahkota.

"Mesyuarat MKT berlangsung dengan tenang, banyak berfokus kepada kejayaan di Mahkota, presiden nasihat jangan angkuh dan jaga amanah rakyat sebaik mungkin,” katanya.

Pemimpin Umno yang hadir dalam mesyuarat itu juga berkata, Zahid merakamkan penghargaan kepada rakan komponen BN serta PH yang turun membantu.

BN meraikan kemenangan di Mahkota

Mesyuarat MKT Umno yang dipengerusikan Ahmad Zahid, Isnin lalu mencuri perhatian selepas berlaku polemik antara anggota Nur Jazlan dengan pemimpin PH.

Nur Jazlan selepas BN menang di Mahkota berpendapat PH perlu memohon maaf secara terbuka kepada Umno atas serangan berdekad-dekad terhadap parti itu.

Katanya, serangan persepsi berpuluh tahun lalu itu menyebabkan Umno dipandang kotor oleh pengundi.

Kata Nur Jazlan kemenangan PRK itu isyarat bahawa orang Melayu kembali percaya dan yakin terhadap perjuangan Umno.

MENARIK:  Bicara Najib: Jasmine Loo nafi buat perjanjian dengan SPRM, pendakwa raya

Kenyataan Nur Jazlan mengundang kritikan dalam kalangan pemimpin PKR, Amanah dan DAP.

Semalam Ahmad Zahid bagaimanapun menamatkan polemik itu dengan menasihati pemimpin Umno tidak "mengusik" rakan gabungan dalam kerajaan. 

Ahmad Zahid juga berkata yang PH tidak perlu memohon kepada Umno–kenyataan yang disambut baik oleh pemimpin PKR.

Nur Jazlan kemudian berkata sebagai anggota parti yang setia, dia akur dengan arahan Zahid.

Sementara itu seorang lagi sumber yang juga anggota MKT Umno turut mengesahkan mesyuarat pada Isnin malam hanya bertumpu pada isu DUN Mahkota.

"Ya, mesyuarat hanya bincang isu Mahkota dan (penetapan tarikh) pramesyuarat bagi sesi parlimen yang akan bermula," katanya kepada Malaysiakini.

Sesi baru parlimen akan bermula minggu depan dan fokusnya pada pembentangan belanjawan 2025.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular