Umno gerak jentera parti bantu calon kerajaan perpaduan

Shopee Sale

PRK SG BAKAP | Umno akan menggerakkan seluruh jentera parti itu untuk membantu kemenangan calon parti kerajaan perpaduan pada 6 Julai ini.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi (MT) parti berkenaan malam tadi.

Ia dipengerusikan Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn.

“Umno menamakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Pengarah Pilhan Raya BN DUN Sungai Bakap, Datuk Musa Sheikh Fadzir (Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang) selaku pengarah operasi dan Datuk Seri Ahmad Maslan selaku Ketua War Room PRK Sungai Ваkap,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Pada 12 Jun lalu bekas Pengarah Institut Aminudin Baki Cawangan Utara Joohari Ariffin diumumkan sebagai calon kerajaan perpaduan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai hari mengundi manakala esok menjadi hari penamaan calon. Pengundian awal pula ditetapkan pada 2 Julai.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Mohd Nor, pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Pada pilihan raya negeri lalu Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Ros, dengan majoriti 1,563 undi.

Selain itu, Asyraf Wajdi memaklumkan mesyuarat juga bersetuju bahawa Perhimpunan Agung Umno akan diadakan dari 21 hingga 24 Ogos ini.

Dalam perkembangan lain, dia berkata mesyuarat MT Umno turut membincangkan mengenai tanggungjawab parti untuk membantu kerajaan melaksanakan Dasar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.

MENARIK:  Kempen antidadah kini guna slogan 'Tak Payah, Tak Nak'

Asyraf Wajdi berkata usaha itu bagi memastikan lebih 250,000 tempat pengajian TVET yang disediakan di 1,345 institusi di seluruh negara dimanfaatkan dan dapat diisi sepenuhnya.

“Umno mengucapkan penghargaan kepada kerajaan yang menyahut cadangan Umno untuk menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi GIG.

“Umno akan terus memainkan perananan melalui kepimpinan yang berada dalam anggota pentadbiran untuk memastikan 1.16 juta pekerja gig dibela dan dilatih melalui pelbagai program peningkatan dan pemahiran semula melalui Majlis TVET Negara yang juga dipelopori dan dipengerusikan oleh Presiden Umno,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular