Umno lucut keahlian bekas timbalan speaker Dewan Negara

Shopee Sale

Umno melucutkan keahlian bekas timbalan speaker Dewan Negara Mohamad Ali Mohamad yang didakwa telah mengubah haluan dengan menyertai Bersatu.

Keputusan untuk memecat bekas ketua Umno bahagian Tangga Batu itu dibuat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang dipengerusikan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi Jumaat lalu.

"Mesyuarat MKT Jumaat lalu mengesahkan pemecatan Mohamad Ali yang didapati telah menyertai Bersatu.

"Mohamad Ali merupakan bekas ketua Umno Tangga Batu. Berdasarkan perlembagaan parti mana-mana individu yang menyertai parti lain akan gugur keahliannya selepas disahkan MKT.

"MKT telah mengesahkan pengguguran keahlian itu," kata seorang ahli MKT yang enggan namanya didedahkan.

Pada 28 April lalu, Setiausaha Agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata parti itu akan membincangkan kedudukan bekas timbalan pengerusi Umno Melaka itu yang dikatakan sudah mengemukakan borang menyertai Bersatu dalam mesyuarat MKT.

Asyraf berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama presiden Umno selepas aduan rasmi daripada Umno bahagian Tangga Batu diperoleh, baru-baru ini.

Katanya, menerusi aduan berkenaan, bahagian itu turut mengemukakan beberapa bukti Mohamad Ali sudah menjadi ahli Bersatu.

"Kita akan bincang pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) minggu depan dan jika terbukti dia sudah menjadi ahli Bersatu, maka keahliannya (dalam Umno) akan tergugur," kata Asyraf.

MENARIK:  AIM menang anugerah kewangan Islam global

Sementara itu Mohamad Ali ketika dihubungi memaklumkan yang dia belum menerima sebarang surat daripada Umno berhubung pemecatannya.

"Belum lagi (terima sebarang surat pemecatan)," katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada dia akan mengemukakan rayuan sekiranya benar telah dipecat oleh Umno. Mohamad berkata perkara itu akan dimaklumkan bila tiba masa sesuai.

"Nanti saya maklum pada masa sesuai," katanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular