Umno mahu saya bankrap, kata Jailani

Shopee Sale

PRK NENGGIRI | Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis, menganggap tuntutan Umno sebanyak RM100 juta yang sedang didepaninya kini bertujuan untuk menjadikan dia muflis.

Mengakui dia akan berdepan dengan isu kewangan jika tuntutan tersebut dipenuhi, Jailani bagaimanapun berkata, dia akan tetap memberi komitmen terhadap keputusannya menyertai PAS kerana sedar ia adalah 'harga' yang perlu dibayar kerana meninggalkan Umno-BN.

"Saya masuk PAS, saya dapat ugutan saman RM100 juta, dia (Umno) nak bankrapkan saya. Apa yang saya nak beri anak saya makan?

"Tetapi tuan-tuan, ini soal pendirian dan pegangan," katanya ketika berceramah di Meranto, Gua Musang, malam tadi.

Pada 3 Ogos lalu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu sudah menghantar surat tuntan (LOD) kepada Jailani ekoran tindakannya melompat ke PAS baru-baru ini.

Ahmad Zahid mendedahkan perkara itu berkata ia merupakan langkah awal bagi parti berkenaan mendapatkan pampasan sebanyak RM100 juta daripada Jailani.

Jailani - yang asalnya ahli Umno sebelum menyertai PKR dan berubah menjadi Adun bebas - diumum menjadi ahli PAS pada 16 Julai lalu.

Ia diumumkan sendiri oleh Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang turut mendakwa langkah tersebut tidak menjejaskan kedudukan Jailani sebagai Adun kerana dibuat sebelum Melaka menguatkuasakan peraturan antilompat parti.

Jailani menegaskan tindakannya meninggalkan Umno baru-baru ini adalah disebabkan prinsip perjuangan.

MENARIK:  Lelaki didakwa guna mesin cetak tanpa lesen, terbit bahan lucah

Hal itu kerana, katanya, ada janji yang dibuat oleh pemimpin Umno tidak ditunaikan seperti yang sepatutnya.

"Saya sudah dijanjikan ketika PRN (pilihan raya negeri) Melaka oleh siapa?

"Oleh Ahmad Zahid Hamidi, oleh (Timbalan Presiden Umno) Mohamad Hasan , oleh (bekas Setiausaha Agung Umno) Ahmad Maslan dan beberapa orang lagi kepimpinan tertinggi (bahawa) Umno tak akan bekerjasama dengan Anwar (Ibrahim) dan DAP," katanya lagi.

Tambahanya disebabkan Umno ingin berkawan dengan DAP, maka dia memilih untuk bersama perjuangan PAS.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular