Undang Luak Rembau meninggal dunia

Shopee Sale

Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi tadi di kediaman rasminya.

Datuk Perba, Abdul Razak Mohd Yassin ketika dihubungi berkata Allahyarham Muhamad Sharip, 83, meninggal dunia akibat sakit tua.

Menurut kenyataan rasmi daripada Balai Rasmi Undang Luak Rembau, jenazah akan disolatkan di surau Balai Kediaman Rasmi Undang Luak Rembau pada 12.30 tengah hari ini.

"Dukacita dimaklumkan Undang Luak Rembau Datuk Muhamad Sharip Othman telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi," menurut kenyataan itu hari ini.

Jenazah Allahyarham Muhamad Sharip akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Mungkal Sepri selepas solat asar.

Allahyarham Muhamad Sharip dan isteri Allahyarhamah Tok Puan Siti Ramalah Yunus memiliki lima anak lelaki.

Muhamad Sharip dimashyurkan sebagai Undang Luak Rembau ke-21 pada 21 Nov 1998.

MENARIK:  Tiada laporan terhadap Akmal berkait gambar pedang, kata IGP

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular