Universiti swasta didakwa tak bayar gaji, pekerja gesa campur tangan k’jaan

Shopee Sale

Hampir semua kakitangan sebuah universiti swasta terkemuka di Selangor mendakwa tidak dibayar gaji sejak tiga bulan lalu dan meminta campur tangan kerajaan.

“Kami tak dibayar gaji sejak April. Hampir 200 kakitangan terkesan dan kebanyakan kakitangan yang tak dibayar gaji adalah rakyat Malaysia. 

“Selain gaji, caruman KWSP (kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) juga tidak dijelaskan.

“Bagaimanapun, kami mendapati beberapa staf warga asing yang bekerja di situ telah dibayar gaji. 

“Kami nak kerajaan segera campur tangan,” kata seorang pekerja yang enggan namanya didedahkan.

Kakitangan lain yang turut bercakap kepada Malaysiakini, dengan syarat identiti mereka tidak didedahkan, mendakwa seorang pegawai kewangan universiti menjadi punca masalahnya.

“Pegawai kewangan ini warga Iran. Dia sering membuli dan merendahkan kakitangan warga Malaysia khususnya Melayu.

“Kami tak pasti sebab dia berkelakuan begitu. Tapi, kami pasti dia memang ‘kurang ajar’ dengan kakitangan warga Malaysia.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi universiti tersebut yang mempunyai kampus di luar negara untuk mendapatkan komen.

Terdahulu, kakitangan memberitahu bahawa mereka telah menghantar e-mel aduan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO), Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

MENARIK:  Isu air di Kedah: Saifuddin minta Sanusi kerjasama dengan persekutuan

“Kami telah menghantar e-mel aduan sebanyak tiga kali sejak 23 Mei tahun ini.

“Tapi, masih tiada sebarang maklum balas. Harap kerajaan mengambil tindakan segera,” kata mereka.

Malaysiakini telah menghubungi Kesuma dan sedang menunggu maklum balasnya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular