Usah jadikan Ramadan bulan pembaziran – Fadillah

Shopee Sale

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof menyeru umat Islam di negara ini supaya tidak menjadikan Ramadan sebagai the mother of food waste atau bulan ibu kepada segala pembaziran.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, dia berkata pembaziran bukan sahaja dilarang dalam Islam malah bertentangan dengan prinsip kelestarian alam.

“Marilah kita saling mengingatkan antara satu sama lain agar mengurangkan budaya pembaziran yang berlebihan sepanjang bulan puasa ini,” katanya.

Fadillah turut mengajak umat Islam menggandakan ibadah bagi meningkatkan lagi ketakwaan kepada Allah SWT serta kecintaan sesama manusia.

“Sambutlah Ramadan ini sebagai peluang terbaik untuk terus bermuhasabah dan memperbaiki diri.

“Mudah-mudahan setiap amalan kita akan diterima oleh Allah SWT dengan rahmat, kasih sayang, pengampunan dan keberkatan daripada-Nya.

"Jangan lupa titipkan juga doa buat saudara-saudara kita di bumi Gaza dan semoga Allah mengangkat doa-doa kita untuk pembebasan rakyat Palestin kelak,” katanya.

Fadillah dalam turut mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat Islam.

MENARIK:  Polis sahkan kematian bayi akibat luka dikelar di leher

“Ramadan al-Mubarak bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam, bulan terbaik untuk kita terus meningkatkan amal ibadah dan memperbanyakkan sedekah serta amalan kebajikan,” katanya.

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular