Usaha tarik BN keluar kerajaan: Saya tidak tahu, kata Mahathir

Shopee Sale

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak tahu menahu mengenai dakwaan terdapat usaha pihak tertentu untuk menarik BN keluar daripada kerajaan Perpaduan.

Menurut Dr Mahathir yang perananannya sebagai ketua panel penasihat SG4 iaitu negeri-negeri yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN), dirinya hanya memberi nasihat berhubung hal pembangunan di empat negeri pembangkang.

“Saya tidak tahu, saya hanya penasihat kepada SG4 saja. Kebanyakan pasal pembangunan bukan pasal politik,” katanya ringkas kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Buku “Idealis: Syed Hamid Albar” di Kuala Lumpur, hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika mengulas dakwaan terdapat usaha membawa BN keluar daripada kerajaan Perpaduan.

Pada 24 November lepas, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi mendakwa terdapat usaha untuk menarik partinya keluar daripada Kerajaan Perpaduan seterusnya mengangkat individu daripada BN sebagai Perdana Menteri.

MENARIK:  Exco Melaka: Banjir susulan hujan lebat, air pasang besar

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular