Video Adun bincang rasuah: Pemberi maklumat minta perlindungan SPRM

Shopee Sale

Sekurang-kurangnya, lapan rakaman video mengaitkan beberapa Adun yang didakwa membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit yang diberikan kepada mereka sebagai balasan untuk mendapatkan projek di sebuah negeri.

Ini termasuk mereka yang memegang jawatan kanan dalam pentadbiran negeri tersebut.

Difahamkan terdapat lebih banyak rakaman video juga melibatkan Adun-Adun lain daripada negeri itu.

Malaysiakini telah melihat lapan video itu dan tidak akan mendedahkan identiti ahli politik berkenaan sehingga ia mendapatkan salinan rakaman serta komen daripada mereka yang terlibat.

Sumber memberitahu Malaysiakini pemberi maklumat sedang cuba mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 sebelum meneruskan lebih lanjut.

Sumber itu berkata SPRM telah dimaklumkan mengenai rakaman itu juga.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular