Video lelaki diserang di Sibu: Jangan spekulasi, kata polis

Shopee Sale

Polis meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi terhadap video seorang lelaki diserang beberapa lelaki lain di Sibu yang tular menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan hari ini berkata kejadian berkenaan berlaku di Terminal Bas Ekspres di Jalan Pahlawan kira-kira 5 petang Ahad lepas.

Mangsa yang tidak dinyatakan umurnya dikatakan telah didatangi tiga lelaki tidak dikenali lalu diserang sebelum dibawa menaiki kenderaan jenis pacuan empat roda menuju ke sebuah rumah di Jalan Sentosa.

“Polis menerima laporan berkaitan kejadian daripada mangsa pada 10.29 malam hari yang sama dan bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu telah menahan seorang daripada suspek lelaki warga tempatan berusia lingkungan 26 tahun,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa telah keluar dengan isteri suspek.

Disebabkan rasa marah, katanya suspek bersama tiga lagi rakannya yang masih bebas telah bertindak memukul mangsa dan mengugut mangsa supaya tidak mengganggu isterinya lagi.

MENARIK:  Pemandu bas, van pelancongan tak berpuas hati dikecualikan subsidi diesel

Zulkipli berkata suspek direman hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular