Vivy Yusof, suami bakal didakwa di mahkamah lusa

Shopee Sale

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pasangan suami isteri, Fadzaruddin Shah Anuar dan Vivy Yusof tengah hari tadi sebelum diberikan jaminan untuk hadir di mahkamah Khamis ini.

Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, kedua-dua mereka akan didakwa di mahkamah pada hari tersebut.

Katanya pendakwaan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Dipetik BH Online, Azam berkata, pasangan terbabit akan didakwa berhubungi kerugian pelaburan dialami Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).

Kerugian yang dialami Khazanah dan PNB itu dilaporkan bernilai RM43.9 juta.

Sebelum ini SPRM memberitahu mereka sudah siasatan melengkapkan kertas siasatan ke atas pasangan berkenaan.

Menurut BH Online, SPRM turut merampas kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB bagi membantu siasatan mereka.

MENARIK:  Pekerja pembersihan didakwa amang seksual kanak-kanak perempuan

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular