Wakil rakyat India mahu tindakan ke atas penceramah hina agama bukan Islam

Shopee Sale

PARLIMEN l Sekumpulan ahli Parlimen berbangsa India yang sebahagian besar daripada mereka condong kepada kerajaan Perpaduan hari ini menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap beberapa penceramah agama yang didakwa menghina agama bukan Islam.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, mereka termasuk Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, yang didakwa telah menghina kaum India beragama Hindu di negara ini.

RSN Rayer

“Semasa perasmian sidang Parlimen baru-baru ini Yang di-Pertuan Agong telah bertitah supaya isu-isu melibatkan 3R (agama, bangsa, raja) ini tidak disentuh.

“(Disebabkan itu) sebagai ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara daripada kerajaan perpaduan kami bersama-sama ingin menuntut tindakan pendakwaan diambil terhadap Zamri Vinoth.

“Dalam beberapa siri Tiktok yang disiarkan di media sosial Zamri Vinoth telah dirakam sebagai memberi penjelasan tentang dewa Shiva Lingam yang disembah oleh kaum India beragama Hindu di Malaysia.

“Kami bersama-sama ingin menuntut supaya menteri KDN kerajaan perpaduan mengambil tindakan menuduh Zamri Vinoth di mahkamah di atas kenyataan yang telah dikeluarkan,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Hadir sama, aadalah ahli Parlimen Klang, Ganabatirau,, Yuneswaran Ramaraj (Segamat), P Prabakaran (Batu), senator Sivaraj Chandran dan senator Lingeshwaran R Arunasalam.

Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu

Rayer semalam membangkitkan persoalan berhubung tindakan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail terhadap pihak-pihak dan pensyarah agama seperti Zamri Vinoth dan Firdaus Wong Wai Hung yang didakwa dengan sengaja membuat kenyataan-kenyataan mengguris hati masyarakat bukan Islam dalam syarahan agama mereka.

Pada sidang Dewan Negara, semalam, Ganabatirau juga mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil apabila ada pihak yang cuba menghina agama selain daripada Islam.

“Ada dua individu yang didakwa sebagai pendakwah bebas dilaporkan sentiasa mengkritik agama selain agama Islam, apabila ada 1,008 laporan polis dibuat tapi tiada tindakan, dibawa ke mahkamah dan didakwa tapi masih kata NFA.

MENARIK:  PH mesyuarat esok muktamadkan calon pilihan raya KKB

“Sedangkan ada pihak yang mengkritik agama (lain) di sebelah sana dalam masa 24 jam ditangkap dan dimasukkan dalam penjara, mana perginya kedaulatan undang-undang dan keadilan yang sama rata kepada semua,” soalnya.

Mengulas lanjut, Rayer berkata KDN perlu bertindak segera berhubung perkara yang dibangkitnya demi perpaduan, keamanan dan kesejahteraa semua kaum di negara ini.

“Kami sepakat, kami tidak mahu mana-mana agama dihina oleh mana-mana pihak dan demi perpaduan, keamanan dan kesejahteraan Malaysia yang diduduki oleh rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa.

“Kami merayu supaya kerajaan pimpinan perdana menteri dan juga khususnya KDN untuk ambil tindakan segara terhadap laporan-laporan polis yang telah dibuat terhadap Zamri Vinoth.

“Kerana penjelasan-penjelasan yang dibuat berunsur satu penghinaan kepada dewa Shiva Lingam yang disembah oleh kaum India di Malaysia,’ tegasnya.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Zamri Vinoth untuk mendapatkan ulasannya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular