Wan Fayhsal dakwa PM sudah serah dokumen perjanjian

Shopee Sale

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menerusi wakilnya sudah menyerahkan draf dokumen perjanjian mengenai peruntukan kepada wakil rakyat bukan kerajaan kepada Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

Dalam satu balasan ciapan di X dengan ahli Parlimen PKR Taufiq Johari, dia yang juga ketua Armada Bersatu, berkata perkara itu dilakukan secara rahsia selepas Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof menafikan kewujudan draf perjanjian itu semalam.

Fadillah Yusof

“Yang kamu tak tahu ialah PMX (Anwar) sudah hantar wakilnya dah serahkan dokumen tersebut kepada ketua pembangkang.

“Bukan semua benda PMX cerita dengan kamu macam dia buat deal dengan Bagan Datuk (Ahmad Zahid Hamidi) dulu.

“Memanglah TPM (timbalan perdana menteri) dan kamu tak tahu. Bukan fake news,” katanya dalam satu ciapan menjawab kenyataan Taufiq, yang mengkritik pembangkang kerana mengeluarkan kenyataan ketika rundingan masih berjalan.

Dalam kenyataan di X itu Taufiq berkata secara peribadi, dia merasakan perlu sebuah negara perpaduan yang harmoni dan damai.

“Politik matang dan sihat. Tapi belum apa-apa perjanjian atau perbincangan yang mendalam, dah mula jual cerita bukan-bukan. Pihak sebelah sana memang sinonim dengan golongan fake news ke?” sinisnya.

Taufiq Johari

Semalam Fadillah berkata tidak timbul wujudnya draf perjanjian baharu itu seperti yang didakwa pemimpin Perikatan Nasional (PN) dengan kerajaan.

Jelasnya, pertemuan di Parlimen pada 19 Mac lalu hanya mendengar permohonan PN dan apa yang mereka tawarkan, namun tiada sebarang dokumen diberi atau pun diterima.

MENARIK:  AMK pertahan Fadhlina: Dia pegang teguh Islam, anak tokoh agama

“Saya tegaskan sekali lagi dalam pertemuan saya bersama wakil-wakil pembangkang minggu lepas, tiada sebarang dokumen diberi oleh pihak kerajaan Madani mahupun pihak pembangkang.

“Ia sekadar sesi mendengar permintaan dan tawaran mereka malah tiada perbincangan mengenai perjanjian pun,” katanya. Pada 22 Mac lepas, Hamzah berkata pihaknya sudah menerima draf dokumen yang memperinci perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Hamzah Zainudin

Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil turut menafikan kenyataan Hamzah berhubung perkara tersebut dan mengesahkan pertemuan Fadillah dengan ketua pembangkang itu hanya untuk mendengar pandangan mereka.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular