Wan Fayhsal fail usul tergempar untuk bahas penjualan saham MAHB

Shopee Sale

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal telah memfailkan usul tergempar ke Dewan Rakyat, menggesa perbahasan segera mengenai keputusan kerajaan untuk menjual saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada sebuah syarikat berkaitan Israel.

Ia susulan pengumuman Khazanah Nasional Berhad pada 15 Mei lalu bahawa Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (Adia) dan Rakan Kongsi Infrastruktur Global (GIP) - melalui GIP Aurea Pte Ltd - akan membentuk konsortium untuk memperoleh saham dalam MAHB.

Bagaimanapun, keputusan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak selepas didapati Blackrock, sebuah syarikat yang disifatkan mempunyai hubungan rapat dengan Israel, sedang dalam usaha memiliki GIP.


BACA LANJUT: PANDUANKINI l Jualan MAHB: Apakah GIP dan apa kaitannya dengan Israel?


Wan Fayhsal berkata usul tergempar itu dikemukakan pada 18 Jun, di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2), dan diterima oleh pejabat speaker Dewan Rakyat pada 21 Jun.

Dalam surat yang dilihat oleh Malaysiakini, Wan Fayhsal berkata perkara itu mempunyai kepentingan ramai, sambil menyatakan bahawa majoriti rakyat Malaysia mengecam tindakan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza oleh rejim Israel.

“Usul ini berkehendak disegerakan kerana semakin lama keputusan ini ditangguhkan, semakin besar penglibatan  kerajaan Malaysia dalam menyokong aktiviti tidak berperikemanusiaan Israel.

"Justeru, besar harapan saya agar perkara ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada speaker serta keizinan daripada Majlis Mesyuarat demi kepentingan rakyat,” kata ahli parlimen pembangkang itu.

Usul tergempar yang difailkan oleh Wan Fayhsal ini adalah tambahan kepada dua usul terdahulu yang dikemukakan pada 7 Jun lalu.

MENARIK:  Polis tumpaskan sindiket penipuan pelaburan ayam kampung

Usul sebelum ini difailkan di bawah Peraturan Tetap 27(1) dan 27(3).

Bercakap kepada Malaysiakini, setiausaha sulit Wan Fahysal, Meor Naqiuddin menjelaskan usul tergempar itu dikemukakan kerana dua usul sebelum ini hanya akan dipertimbangkan selepas urusan kerajaan diuruskan terlebih dahulu.

Semalam, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut mempersoalkan mengapa kerajaan berkeras mahu menjual saham MAHB kepada syarikat asing walaupun ia mencatatkan keuntungan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular