Wan Fayhsal pamer sikap munafik, pemikiran asabiyah – Pemuda PH

Shopee Sale

Pemuda PH menyelar Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kerana menyeru orang ramai supaya memboikot Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Jalil malam ini

Ketua penerangan sayap itu, Ammar Attan berkata tindakan ini memperlihatkan kemunafikan Ahmad Fayhsal selain satu bentuk pemikiran asabiyah.

"Tindakan ini memperlihatkan kemunafikan beliau yang jelas, apabila menyeru untuk memboikot solidariti Palestin hanya kerana perbezaan warna politik,”

"Adakah ini bentuk pemikiran asabiyah atau khawarij yang beliau cuba promosikan?"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Fayhsal menerusi media sosial semalam menggesa penyokong pro-Palestin memboikot Himpunan anjuran kerajaan di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini.

Wan Fayhsal berkata adalah sat bentuk hipokrasi bagi kerajaan untuk menunjukkan solidariti dengan Palestin ketika ia masih meneruskan penjualan saham Malaysia Airport Berhad Holdings (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

Ini kerana GIP tidak lama lagi akan dimiliki oleh Blackrock - pelabur utama dalam tentera Israel.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebelum ini mempertahankan keputusan itu dengan berkata ekonomi Malaysia akan terjejas jika hubungan dengan semua syarikat berkaitan Israel dibatalkan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Qatar, Wan Fayhsal berkata adalah lebih baik penyokong pro-Palestin menghadiri perhimpunan solidariti anjuran NGO, merujuk kepada demonstrasi yang diadakan di Bukit Bintang malam tadi.

Wan Fayhsal berada di Qatar untuk menghadiri pengebumian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.

Tanpa menjawab hujah Wan Fayhsal, Ammar menyifatkan gesaan pemimpin Bersatu itu bersifat asabiyah.

MENARIK:  'Orang selalu judi tahu istilah judi' - Pemimpin PKR balas Nur Jazlan

"Sebagai manusia yang berprinsip kemanusiaan dan memperjuangkan pembebasan Palestin, adalah tidak wajar bagi beliau untuk bersikap tertutup dan bersifat asabiyah dalam isu ini.

"Beliau seolah-olah merasakan hanya perjuangan beliau sahaja yang benar dan tindakan perjuangan pihak lain, termasuk kerajaan, adalah salah.

“Kuman di seberang laut nampak, hipokrasi diri sendiri tidak nampak. Janganlah berhasad apabila orang lain melakukan kebaikan, tetapi sebaliknya, lakukanlah kebaikan bersama,” katanya.

Himpunan Pembebasan Palestin diadakan bagi menzahirkan sokongan terhadap rakyat Palestin dan membantah kekejaman Israel termasuk pembunuhan yang dilakukan terhadap Haniyeh baru-baru ini.

Perdana menteri antara yang akan menghadiri perhimpunan yang dijadual bermula 6 petang itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular