Wanita bakar motosikal ditahan

Shopee Sale

Seorang wanita yang tidak berpuas hati kerana motosikalnya ditarik akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan bertindak nekad membakar kenderaan tersebut di Pokok Assam, dekat Taiping petang semalam dan video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata wanita berusia 40-an itu telah ditahan semalam untuk siasatan lanjut.

“Pada pukul 4.27 petang (26 Dis), polis menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung kejadian seorang wanita membakar sebuah motosikal jenis Honda RSX berwarna hitam di Jalan Masjid, Pokok Assam, Taiping. Wanita itu kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Nasir berkata berdasarkan siasatan awal, mendapati motif kejadian berpunca daripada rasa tidak berpuas hati dengan tindakan penarik motosikal yang ingin menarik motosikal tersebut kerana ansuran tertunggak selama 20 bulan.

Menurutnya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

MENARIK:  Penjaja harap mudahkan proses permohonan jika sijil halal diwajibkan

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular