Wanita dihempap kayu balak ditidurkan

Shopee Sale

Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara di Gua Musang semalam terpaksa ditidurkan ketika mendapat rawatan di Hospital Gua Musang.

Abang mangsa Mohamad Azwa Kamarulzaman, 28, berkata adiknya Siti Norelyana, 21, kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu kira-kira 8 malam semalam dan berada dalam pemantauan rapi petugas kesihatan.

Beliau berkata adiknya akan menjalani pembezahan akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan antaranya tulang belakang, tulang rusuk, hati dan paru-paru.

“Adik saya ditidurkan kira-kira 6 petang semalam dan sekarang ini doktor sedang merawat bahagian usus yang berkemungkinan akan mengalami komplikasi.

“Saya berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan adik saya dan berharap semua terus kekal berdoa supaya dia dapat pulih,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohamad Azwa berkata mengikut peranancangan Siti Norelyana akan melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun ini.

Siti Norelyana nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dihempap kayu balak yang dibawa oleh sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kemalangan berpunca daripada turn-table lori balak itu patah ketika mengambil selekoh.

Sementara itu, Mohamad Azwa menafikan adiknya hamil susulan terdapat pendarahan pada seluar mangsa.

Beliau berkata pendarahan berkenaan akibat kecederaan dalaman yang dialami semasa kemalangan itu.

“Selain itu, saya juga menerima berita palsu mengenai kematian adik saya selepas menerima rawatan yang mula tersebar di media sosial sejak semalam.

MENARIK:  Teksi terbang antara 32 eksperimen Arab Saudi untuk jemaah haji

“Kami menerima pelbagai pertanyaan termasuk bila adik saya meninggal dunia, tempat dikebumi, usia kandungan dan keadaan bayi dalam kandungan. Saya tegaskan semua dakwaan ini tidak benar sama sekali dan adik saya belum berkahwin,” katanya menerusi TikToK yang menafikan kesemua dakwaan itu, hari ini.

Mohamad Azwa meminta individu yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu berkenaan supaya menarik balik artikel atau hantaran yang telah dimuat naik di media sosial itu.

Emosi keluarga kini amat terganggu, katanya sambil menambah adiknya kini mengalami kekurangan darah dan memerlukan bekalan darah yang banyak.

“Doktor memaklumkan keadaan adik saya sangat kritikal,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular