Wanita duduk di struktur jejambat dipercayai tidak sihat mental

Shopee Sale

Wanita yang duduk di struktur jejambat Bulatan Pahang di sini semalam, yang videonya tular di media sosial, dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental dan bukan cuba membunuh diri.

Video berdurasi 1 minit 14 saat itu juga menunjukkan wanita tersebut berjaya diselamatkan oleh orang awam, selain anggota bomba yang bersiap sedia dengan aset jentera di bawah jejambat itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail dalam kenyataan berkata kejadian berlaku kira-kira 3.15 petang semalam.

"Tiada laporan diterima membabitkan kes ini dan ia bukan kes cubaan bunuh diri.

"Wanita ini disyaki ada masalah kesihatan mental dan telah diserahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular