Wanita jatuh gaung selamat dibawa keluar

Shopee Sale

Seorang wanita yang cedera selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter semasa menuruni puncak Gunung Korbu di Ipoh semalam, berjaya dibawa keluar awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa berusia 35 tahun itu dibawa keluar dengan selamat kira-kira jam 1.30 pagi.

"Wanita itu seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Sabarodzi dilaporkan berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian pada jam 3.29 petang.

Ekoran laporan itu operasi mencari serta menyelamat digerakkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tambun.

Wanita terbabit dikatakan menyertai trip Pendakian Korbu dan Gayong bersama 34 lagi peserta sejak Sabtu lalu.

MENARIK:  Cuaca panas: Perlis dilanda gelombang haba dua hari berturut-turut

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular