Wanita Umno gesa kerajaan kaji semula rasionalisasi subsidi

Shopee Sale

PAU 2024 | Ketua Wanita Umno, Noraini Ahmad menggesa kerajaan mempertimbangkan semula pendekatan terhadap pembangunan ekonomi, termasuk mengkaji semula pelaksananaan rasionalisasi subsidi.

Katanya, negara ini memerlukan pendekatan lebih holistik, yang bukan sahaja memberi bantuan jangka pendek, tetapi juga membawa rakyat keluar daripada kitaran kemiskinan secara total.

"Wanita Umno juga menyeru kerajaan untuk mempertimbangkan semula pendekatan kita terhadap subsidi.

"Ya kita faham keperluan untuk mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan, tapi kita juga perlu memahami bahawa setiap ringgit yang dikurangkan daripada subsidi adalah pukulan hebat, pukulan berat kepada rakyat yang sudah terbeban.

"Kita mencadangkan satu kajian semula yang menyeluruh, satu pendekatan yang lebih berhemah dan berperingkat dalam rasionalisasi subsidi," katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Umno 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur hari ini.

MENARIK:  'Beralih dari perkauman' - Liu puji Akmal kerana gesa tubuh RCI

[Berita penuh menyusul]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular