Warga asing dibenar guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor

Shopee Sale

Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Mad Shukor berkata mereka dibenarkan menjalankan perniagaan selagi nama warga asing berkenaan berada di dalam maklumat pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Sebagaimana ditetapkan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian, tiada halangan bagi warganegara asing menjalankan aktiviti perniagaan selagi mana nama mereka terdapat di dalam maklumat pendaftaran SSM.

"Selain itu bagi warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan, terdapat kebenaran daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk pasangan warganegara asing tersebut bekerja,” katanya.

Beliau menjawab soalan Baharudin Mohamed Taib (BN-Permas) mengenai sama ada warga asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan boleh menggunakan nama pasangannya untuk menjalankan perniagaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail di Iskandar Puteri hari ini.

Dalam pada itu Mohd Jafni berkata Jabatan Penguatkuasa 16 PBT di negeri itu telah melaksanakan 454 operasi penguatkuasaan bersepadu melibatkan warga asing bermula 2022 hingga 31 Jan lepas.

MENARIK:  Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok

Beliau berkata sebanyak 577 tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pelbagai kesalahan dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melaksanakan aktiviti penguatkuasaan tertinggi melibatkan 315 operasi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular