Warga emas tempuh perjalanan hampir 200km untuk mengundi di KKB

Shopee Sale

Pasangan warga emas menempuh perjalanan hampir 200 kilometer (km) bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Pesara swasta Abdul Rahim Bidin, 67, berkata walaupun telah berpindah ke Kuala Kangsar, Perak, dia dan isteri tidak mahu ketinggalan melaksanakan tugas memilih wakil rakyat di kawasan yang pernah dihuninya sekian lama, apatah lagi anak-anaknya ada yang masih menetap di Kuala Kubu Baharu.

“Saya selepas (mengundi) ini dah nak balik...saya turun sini kerana mengundi adalah tanggungjawab kita. Saya akan berulang alik untuk mengundi pada setiap kali pilihan raya dan ia telah dilakukan sejak 10 tahun lepas,” katanya kepada pemberita di pusat pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming di Hulu Selangor hari ini.

Abdul Rahim memulakan perjalanan seawal 5 pagi yang menempuh perjalanan selama dua jam, dengan ditemani isteri Noraini Mansor, 65, juga mengundi di pusat pengundian sama.

Seorang lagi warga emas yang tidak mahu melepaskan peluang mengundi hadir bersama suami di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Baharu seawal 7 pagi walaupun berdepan dengan kesakitan di bahagian kaki dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Rodznah Bakar, 61, berkata dia dan suami telah menempah kereta sewa untuk membawa mereka ke pusat pengundian kerana kedua-duanya tidak mampu untuk memandu sendiri dan keluar seawal 7 pagi walaupun lokasi pusat mengundi tidak jauh dari rumah mereka.

“Terima kasih kepada petugas SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang banyak membantu memudahkan urusan kami untuk mengundi pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi PRK KKB adalah sebanyak 9.72 peratus setakat 9 pagi ini dan proses pengundian berlangsung lancar dengan cuaca yang baik.

MENARIK:  'Lebih baik Ramasamy diam, dia sendiri khianati DAP'

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Proses pengundian hari ini melibatkan 39,269 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular