Wartawan antara yang cedera dalam serangan Israel di kem pelarian

Shopee Sale

Beberapa orang wartawan cedera dalam serangan tentera Israel yang menyasarkan Kem Pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Sumber perubatan memberitahu Anadolu antara yang cedera ialah wartawan lapangan daripada saluran TRT Arabic yang melaporkan mengenai serangan di Gaza.

Lebih daripada 33,600 warga Palestin maut dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt tahun lepas.

Rejim itu juga melakukan sekatan di bahagian pantai mengakibatkan populasi Gaza terutamanya di utara di ambang kebuluran.

Serangan Israel itu telah mengakibatkan 85 peratus daripada penduduk Gaza hilang tempat tinggal selain menghadapi kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang akut sementara kebanyakan daripada infrastrukturnya telah rosak atau musnah.

Israel didakwa di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas pertuduhan melakukan genosid, dan mahkamah itu juga mengarahkannya supaya mengambil lebih banyak tindakan untuk mengelakkan kebuluran di Gaza.

MENARIK:  Kerajaan pusat hormat keputusan Sarawak tangguh daftar Padu

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular