WaW mahu pastikan tiada pembaziran di bazar Ramadan

Shopee Sale

Pertubuhan What a Waste (WaW) bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi memastikan tiada pembaziran makanan di bazar Ramadan.

Bertemakan "Jadikan Ramadan Tanpa Pembaziran", Waw telah meminta para peniaga untuk mendaftar sebagai rakan kongsi menggunakan pautan ini.

Dalam catatan Facebook, WaW berkata selepas menjadi rakan kongsi, peniaga akan dikehendaki memuat naik gambar barangan makanan yang tidak dijual di laman webnya.

Susulan itu, lebihan makanan perlu diletakkan di khemah WaW, yang kemudiannya akan diagihkan oleh pasukan mereka kepada pihak yang memerlukan.

Menurut laman web WaW, misinya bermula dengan aspirasi untuk menyelaraskan kitaran sisa makanan di Malaysia.

“Motivasi bertambah apabila kami menerima lebih banyak sokongan daripada orang yang sehaluan yang mempunyai hasrat untuk menyelamatkan makanan daripada melihat ia dibuang begitu sahaja.

"Ini dapat memberi senyuman kepada keluarga kurang berkemampuan yang menerima makanan tajaan," katanya.

WaW berkata ia kini melayani lebih 10,000 keluarga di Subang Jaya dan kawasan lain, termasuk masyarakat luar bandar.

“Makanan yang kami kumpul terdiri daripada makanan kering seperti bijirin, susu tepung, biskut dan beras kepada makanan mudah rosak seperti sayur-sayuran, daging dan makanan sedia untuk dimakan.

"Kami juga mengumpul sisa makanan daripada acara dan katering," tambahnya.

MENARIK:  Macam ‘kucing tangkap tikus’, kerajaan tak berhasrat tutup Tiktok

Tahun lalu, dilaporkan peniaga bazar Ramadan di Kuala Lumpur dan Putrajaya membazirkan 47,610kg makanan sehari, jumlah yang boleh memberi makan kepada 39,675 orang.

Manakala di Selangor, pembaziran makanan meningkat 45 peratus tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.

Agensi kutipan sisa domestik dan pembersihan awam KDEB Waste Management (KDEBWM) berkata sebanyak 73.67 tan sisa makanan dijana setiap hari sepanjang bulan Ramadan meliputi tujuh majlis perbandaran, berbanding 50.78 tan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular