Zahid damaikan Tengku Zafrul dan Megat Zulkarnain

Shopee Sale

Pengerusi Umno Selangor, Megat Zulkarnain Omardin dan Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akhirnya berdamai selepas sekian lama dikatakan berselisih faham.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjadi saksi kata sepakat dan pendamaian kedua-dua pemimpin Umno itu.

Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kota Raja meminta kedua-dua pemimpin itu bangun dan naik ke pentas sebelum bersalam dan berpelukan sebagai tanda berdamai.

“Jagalah hubungan baik dengan Datuk Megat. perkara lepas kita ketepikanlah. Dalam politik kecil hati perkara biasa,” katanya di Klang, hari ini.

Ahmad Zahid ketika berucap turut menuntut akar umbu parti di bahagian Kota Raja untuk memberikan sokongan kepada Tengku Zafrul sebagai ketua selain mahu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu terus menyantuni akar umbi.

“Jangan harap duduk di atas pentas saja. Kalau yang bawah tidak memberi sokongan (tidak boleh juga). Oleh itu turun ke bawah santuni akar umbi…

“Akar umbi pun jangan jadi batu api.

“Zafrul, kamu ada masa depan yang cerah, tapi dengan syarat turun ke bawah menangani semua akar umbi, itulah hakikatnya,” katanya.

Zafrul dilantik sebagai bendahari Umno Selangor pada April 2023 tetapi melepaskan jawatan itu pada 1 April lalu, menyebut peranancangan kebangkitan Umno di negeri itu hambar dan tidak sehaluan dengan Umno pusat.

Dia menyuarakan sejumlah kritikan terhadap Umno Selangor, antaranya banyak yang "tidak ada" pada Umno Selangor menjadi punca dia melepaskan jawatannya

Dia juga mengingatkan prestasi buruk Umno Selangor dalam PRU15 dan PRN 2023 sebagai amaran terakhir untuk berubah.

Ketika ini, Umno Selangor diterajui oleh Setiausaha Politik Ahmad Zahid, Megat Zulkarnain Omardin manakala timbalannya Adun Dusun Tua, Johan Abdul Aziz.

Realiti baru, Umno bukan macam dulu

Dalam pada itu, Ahmad Zahid ketika berucap berkata prestasi pertumbuhan ekonomi yang dibawa oleh Umno dalam mentadbir negara sebelum ini juga tidak lagi mampu memberikan keyakinan politik kepada rakyat.

MENARIK:  Ramasamy: Sanggah Teo cara ilmiah, bukan guna polis

Katanya perkara itu boleh dilihat menerusi sejarah lampau Umno dengan parti tersebut kehilangan dominasi untuk mentadbir Selangor dan Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-12 berikutan kegagalan melihat perubahan yang berlaku dalam kalangan rakyat.

“Bukan hanya di Selangor, tetapi di seluruh negara. Kita sedang mendakapi realiti politik baru, ini adalah suatu situasi yang harus kita hadapi. Untuk kita lihat, sejarah silam jangan harus kita padamkan.

“Walaupun suatu ketika Selangor menjadi simpanan tetap politik kita, namun situasi itu berubah dan ia berlaku bukan secara organik, sebaliknya sangat berstruktur,” katanya.

Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan supaya ahli di peringkat akar umbi untuk tidak merasa Umno dominan seperti dahulu dengan pelantikan tujuh menteri kabinet daripada parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

“DAP yang mempunyai (menang) kerusi lebih daripada kita, mereka hanya mempunyai lima menteri penuh.

"Janganlah kita yang berada di akar umbi ini (menganggap) bahawa tujuh ini seolah-olah kita dominan seperti dahulu.

“Realiti politik baru ini, kita mesti mengukur baju di badan sendiri,”tambahnya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular