'Zahid ingatkan wakil rakyat BN jangan buat onar gugat kerajaan'

Shopee Sale

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengulangi peringatan kepada ahli parlimen serta Adun parti itu supaya tidak membuat "onar" yang boleh menggugat kerajaan perpaduan, maklum Ketua Pembangkang DUN Kelantan Mohd Syahbuddin Hashim.

Katanya, pada sesi "pre council" BN yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia (WTC), Ahmad Zahid mengingatkan wakil rakyat bahawa kerjasama yang terbentuk itu sehingga pilihan raya umum ke-16.

Syahbudin yang juga Adun Galas berkata Ahmad Zahid turut mengingatkan tentang akujaji yang telah dimeterai antara wakil rakyat dengan parti.

"Datuk Zahid menekankan apa yang telah diputuskan iaitu kerjasama ini sehingga PRU-16, maka jangan ada usaha-usaha untuk menggagalkan ataupun merencatkan ikatan ini.

"Dia tak mahu mana-mana pihak terutamanya dalam kalangan wakil rakyat, yang mana kita terikat dengan akujanji dan juga perjanjian sebagai wakil rakyat, kita akan dikenakan saman RM100 juta.

"Yang kedua kita telah berakujanji kuasa diberikan kepada Pengerusi BN dan yang ketiganya kerusi itu adalah milik parti, bukan milik kita," katanya ketika ditemui.

Menyentuh mengenai sesi "pre council", Syahbuddin memberitahu Ahmad Zahid meminta kesemua wakil rakyat BN menjalankan amanah dengan baik serta berkesan.

Presiden Umno meminta semua wakil rakyat parti turun padang dan menjuarai isu rakyat dengan menyelesaikan segala permasalahan yang timbul, jelasnya.

"Sebagai ketua pembangkang negeri Kelantan saya akan membawakan beberapa perkara yang saya fikirkan amat sesuai di negeri Kelantan contohnya soal TVET, soal persiapan menghadapi banjir yang mana ia perlu diberi perhatian dan penekanan secara serius," kata Syahbudin.

MENARIK:  MOU peruntukan MP: Kerajaan anggap cara PN tak bertertib

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Reezal Merican Naina Merican memaklumkan sesi "pre council" turut diberi taklimat berkaitan kementerian yang dipimpin wakil rakyat BN.

Katanya, tumpuan diberikan kepada usaha memangkinkan sektor-sektor baru yang menyaksikan nilai dan pertumbuhan yang tinggi.

"Bantuan-bantuan rakyat diluaskan lantainya, yang ketiganya peluang-peluang untuk menambah kemahiran khususnya TVET untuk keperluan anak muda.

"Dan ini juga dibentangkan oleh kementerian-kementerian yang BN ada perwakilannya," katanya kepada Malaysiakini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular