Zahid: Kerajaan komited selesaikan isu hutang Felcra, teliti syor PAC

Shopee Sale

Langkah-langkah proaktif akan diambil bagi menangani masalah yang dialami Felcra Berhad dan anak-anak syarikatnya susulan beban hutang tinggi yang ditanggung entiti berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata satu jawatankuasa telah dibentuk bagi meneliti syor yang dikemukakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menyelesaikan permasalahan berkenaan, dan pihaknya akan mencari jalan bagi ‘membersihkan’ entiti itu daripada penyelewengan.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pelbagai aspek berhubung perkara itu telah diteliti, dan beliau juga telah berbincang dengan ketua pegawai eksekutif serta pihak pengurusan anak-anak syarikat di bawah Felcra.

Beliau berkata perbincangan itu turut menyentuh usaha mencari mana-mana agensi atau syarikat yang berminat untuk membeli projek pembangunan komersial FELCRA di Jalan Semarak Kuala Lumpur.

“Setakat ini bangunan (di Jalan Semarak) itu belum dijual, tetapi sebagai menteri yang bertanggungjawab ketika ini untuk membetulkan akaun dan pelaburan FELCRA, saya telah dapat sekurang-kurangnya tiga agensi ataupun syarikat yang berpotensi membeli bangunan yang telah siap itu,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak.

Ahmad Zahid berkata kos pembinaan bangunan itu didapati agak mahal, dan ia perlu dijual mengikut harga pasaran supaya hasil jualan itu akan dapat membayar balik hutang-hutang Felcra kepada kerajaan.

MENARIK:  Guna hak jawab dalam media, jangan ugut wartawan - Fahmi

Pada 26 Jun lepas PAC mengemukakan lima syor kepada kerajaan supaya memantau isu hutang tinggi yang ditanggung Felcra Berhad serta anak-anak syarikatnya.

PAC mengesyorkan KKDW dan Felcra supaya lebih bertanggungjawab dan tegas dalam mengawal selia anak-anak syarikatnya supaya menjana keuntungan dan mencapai matlamat penubuhan.

Ahmad Zahid berkata pandangan dan syor yang dibuat oleh PAC adalah terkait dalam perkara-perkara dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Parlimen minggu lepas dan akan dibahaskan esok.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular