Zahid pertimbang Umno Kota Raja minta kerusi tanding pilihan raya

Shopee Sale

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyokong cadangan supaya parti berkenaan diberikan sekurang-kurangnya satu kerusi di kawasan Kota Raja pada pilihan raya akan datang.

Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata cadangan yang diutarakan Ketua Umno Bahagian Kota Raja Tengku Zafrul Abdul Aziz itu sesuai dengan realiti politik semasa yang dibina atas dasar kefahaman antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.

"Namun kita berazam dengan persefahaman yang disebut kita harap Kota Raja ini rakan-rakan (Kerajaan Perpaduan) akan melihat kebersamaan bahawa takkanlah daripada empat (kerusi) satu pun tak boleh nak beri," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Kota Raja di Klang, hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul yang juga menteri pelaburan, perdagangan dan industri dalam ucapannya meminta supaya Umno diberikan satu dari empat kerusi di Bahagian Kota Raja yang kini disandang oleh wakil PH dan PN.

Ia melibatkan kerusi Parlimen Kota Raja dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa, Sungai Kandis dan Kota Kemuning.

Bagaimanapun Ahmad Zahid berkata perkara tersebut perlu dibincangkan secara berhemah dengan rakan-rakan dalam PH yang kini menerajui Selangor.

“Kita harap di Kota Raja ini rakan-rakan (PH) akan melihat kebersamaan bahawa tidak akanlah daripada empat satupun tidak boleh diberi kepada kita.

“Bunga kemboja warna menawan, bunga mekar jadi idaman, kini kita dalam kerajaan perpaduan, samalah kita eratkan persefahaman.

“Kota Raja takde hal, Tengku Zafrul memang kawan, mohon satu kerusi no hal. Kita bincang sesama kawan,” kata Ahmad Zahid secara berkias dengan pantun.

Terdahulu, Tengku Zafrul berkata sekiranya diberi peluang berkenaan dia memberi jaminan akan mengekalkan semangat kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kami di Umno Kota Raja ada satu hajat, di atas semangat perpaduan, depan rakan PH dari empat kerusi, berilah satu kerusi Umno Kota Raja bertanding satu kerusi, tidak minta banyak kami tahu ukur baju di badan sendiri.

MENARIK:  Pemuda Umno: Harga barang naik kerana penyasaran subsidi diesel

“Saya beri komitmen jika kerusi itu diberi kami bukan hanya akan buat yang terbaik, tetapi semangat perpaduan akan buat kami jauh lebih bersemangat untuk bantu kerusi semua kawasan di bawah Parlimen itu,” katanya ketika berucap dihadapan perwakilan yang hadir.

Prestasi 7 menteri Umno

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut memuji prestasi para menteri Umno dalam kabinet yang katanya memperlihatkan prestasi cemerlang mereka.

Katanya, lebih-lebih lagi Tengku Zafrul yang membawa pelaburan ke dalam negara.

“Kita tahu dalam kabinet kerajaan kita ada tujuh menteri Umno dan saya sangat berpuas hati dengan prestasi menteri Umno.

“Kita juga tidak pernah timbulkan masalah apatah lagi saya menghargai usaha Tengku Zafrulyang membawa pelaburan ke dalam negara. Letaklah dimana saja Tengku Zafrul tak ada masalah. Cuma lepas ini pandai-pandailah dia nak hidup,” seloroh Ahmad Zahid.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular