Zahid: Saya nasihatkan dia taubat cepat-cepat

Shopee Sale

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan dakwaan, kononnya beliau menawarkan jawatan Setiausaha Agung parti kepada seorang individu sekiranya individu itu menyokongnya sebagai Presiden Umno, pada pengundian parti 2018.

Ahmad Zahid berkata dakwaan yang ditimbulkan oleh individu itu, yang kini merupakan seorang pemimpin pembangkang serta dijadikan bahan kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu, adalah tidak benar.

“...saya nasihatkan dia bertaubat cepat-cepat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Exco-exco Luar Bandar (MEXCLUB) di Kota Kinabalu hari ini, tanpa menyebut secara spesifik nama individu berkenaan.

Pada pengundian Umno pada tahun 2018, perebutan jawatan presiden adalah di antara Ahmad Zahid, Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular