Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata dia tidak mengetahui tentang dakwaan bahawa Tengku Zafrul Aziz mahu meninggalkan parti itu untuk menyertai PKR.
Timbalan perdana menteri itu dilaporkan berkata dia tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi Umno itu.
“Jadi kita tak dapat mengesahkan berita berkenaannya,” seperti dipetik Bernama.
Zahid dilaporkan bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah ke-4 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, portal berita Free Malaysia Today memetik sumber mendakwa rundingan sedang dijalankan agar menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu menyertai PKR.
[Berita penuh menyusul]