Zaid gesa kabinet telus berhubung titah tahanan rumah Najib

Shopee Sale

Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim mahu menteri-menteri dalam kerajaan persekutuan berterus terang berhubung permohonan tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak, atas alasan keperluan untuk ketelusan dan pematuhan kepada prinsip perlembagaan.

Zaid menarik perhatian terhadap kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini di Doha yang menyebut dia mencadangkan agar Yang di-Pertuan Agong hanya mempertimbangkan tawaran tahanan rumah buat Najib selepas selesai perbicaraan 1MDB yang sedang berlangsung.

Zaid Ibrahim

Dalam berbuat demikian Anwar menekankan bahawa, sebagai perdana menteri, dia tidak akan mengketepikan kuasa Seri Paduka dan bahawa cadangannya itu hanya akan dikemukakan sekiranya Yang di-Pertuan Agong memintanya.

“Saga tahanan rumah bukan permintaan Najib; ia berlaku kerana kerajaan tidak bertindak ke atas pengampunan itu. Najib terpaksa memulakan tindakan undang-undang kerana kerajaan tidak mahu bertindak atas dekri tersebut.

“Kerajaan menyembunyikan maklumat ini daripada orang ramai sehingga kes di mahkamah,” dakwa Zaid.

Dalam satu kenyataan, hari ini bekas ahli Umno itu memberi amaran terhadap gerakan rahsia, menekankan kepentingan kejujuran dan pematuhan kepada peruntukan perlembagaan.

Zaid dan firmanya telah mewakili Najib pada peringkat akhir rayuannya dalam kes rasuah SRC International di Mahkamah Persekutuan pada 2022.

“Berterus terang dalam isu ini. Jika perlu, nasihatkan Raja-Raja Melayu bahawa ada jalan untuk mereka rujuk kepada Mahkamah Persekutuan jika terdapat sebarang persoalan berkaitan bidang kuasa mereka dan pelaksanaannya yang memerlukan penjelasan.

MENARIK:  Isteri teruja dapat banyak ikan, enggan pulang, kata suami

"Gunakan peruntukan perlembagaan untuk keluar dari saga ini," tambahnya.

Dia menggesa kabinet untuk mempertimbangkan kesan daripada mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengampun dan menggesa Umno supaya terus mendesak untuk resolusi yang sah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular