Zakat fitrah Kelantan RM7 tahun ini

Shopee Sale

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan harga zakat fitrah bagi tahun ini adalah sebanyak RM7.

Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata bagaimanapun, mana-mana individu yang ingin membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan menurut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.

Beliau berkata Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim sebagai Ketua Agama Islam Negeri sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan telah mengampuni perkenan mengenai ketetapan Harga Zakat Fitrah dan Kadar Nisab Zakat Harta Negeri Kelantan bagi 1445H/2024M.

“Kadar Nisab Zakat Harta bagi Negeri Kelantan 1445H/2024M adalah sebanyak RM23,831 untuk haul antara Ramadan 1445H hingga Ramadan 1446H,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pembayaran zakat katanya, boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter Baitulmal di masjid-masjid bandar dan jajahan atau menerusi portal MAIK zakat.e-maik.my.

Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk mengambil maklum tentang ketetapan ini.

MENARIK:  ULASAN | Gencatan senjata jadi alat mainan kuasa besar?

“Bersama-sama kita menghidupkan Ramadan 1445H ini dengan amalan soleh dan tanggungjawab berzakat sebagaimana difardukan,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular