10 Destinasi Percutian Luar Negara Yang Menarik Dan Berbaloi Untuk Dilawati Sepanjang Tahun Ini

Shopee Sale


Sedar tidak sedar sudah hampir 2 bulan berlalu bagi tahun 2024. Adakah azam korang bagi tahun ini masih on track? Buat korang yang pernah plan bersama besties, masih belum terlambat untuk healing bersama.

Tahun 2024 adalah tahun lambakan long weekends

Kami sebenarnya nak bantu korang untuk pastikan plan korang untuk bercuti sambil healing dalam tahun ini berjaya. Nak tahu apa yang lagi best? Tahun ini boleh dikatakan hampir setiap bulan ada long weekends.

Dalam erti kata lain, korang dapat bercuti sambil jimat penggunaan cuti tahunan korang. Boleh ajak keluarga atau rakan untuk enjoy bersama. Barulah best!

Untuk memudahkan korang, kami kongsikan 10 destinasi percutian mengikut budget dan kesesuaian korang supaya korang tak perlu lagi pening nak pilih destinasi yang menjadi pilihan. Ayuh survey bersama!

1. Tokyo

Dikenali sebagai kota yang tidak pernah mati, Tokyo merupakan bandar yang menjadi syurga buat kaki shopping. Lambakan jenama terkemuka serta suasananya yang meriah membuatkan Tokyo menjadi pilihan pelancong.

Selain itu, merasai pengalaman melintas di Shibuya Crossing serta melawat ke Tokyo Skytree dengan ketinggian 2,080 kaki sememangnya pengalaman yang tidak boleh dilepaskan jika ke Tokyo.

2. Osaka

Buat korang yang mahu merasai pengalaman melihat dengan lebih dekat musim bunga sakura, Osaka adalah tempatnya.

Kami cadangkan korang untuk melawat Osaka sekitar bulan Mac sehingga Mei kerana bulan ini merupakan musim bunga di Osaka.

Selain itu, korang turut berpeluang merasai pengalaman ‘bermain’ dengan lebih 1,000 ekor rusa yang berada di sekitar Kyoto and Nara Park. Ditemani dengan cuaca dingin serta bunga sakura, memang berbaloi korang masukkan Osaka dalam wishlist korang.

3. Taipei

Cakap pasal Taiwan, mesti korang terfikirkan Taipei kan? Kalau sukakan night market, boleh ke Shilin Night Market, pasar malam terbesar di Taipei. Seronok shopping di Taipie 101, bangunan ikonik menjulang tinggi di Taipei.

4. Beijing

Merupakan ibu negara bagi China, Beijing juga merupakan antara destinasi percutian popular dunia.

Mana tidaknya, Beijing merupakan tempat buat mereka yang mahu melihat Great Wall of China, Forbidden City dan juga temple yang penuh dengan sejarah sekitar daerah ini.

Buat korang yang minat dengan sejarah China, Beijing merupakan tempat yang berbaloi dilawati disamping suasananya yang unik.

5. New Delhi

Sebagai ibu kota India, Delhi mempunyai sejarah yang menarik dan unik di seluruh kota. Antara tempat menarik di sini ialah Makam Safdarjung, Makam Humayun, Kuil Teratai, Agrasen Ki Baoli dan Dilli Haat.

6. Jaipur

Jaipur merupakan kota terbesar dan terancang di India. Jaipur juga turut dikenali sebagai ‘Pink City’ disebabkan kemeriahan warna merah jambu pada bangunannya yang membuatkan bandar ini tampil unik.

Tidak cukup dengan itu, Jaipur juga mempunyai tempat pelancongan yang sangat memukau. Sekiranya anda mahu melihat keindahan bangunan-bangunan dengan rekaan dan warna yang unik, Jaipur adalah tempatnya.

7. Perth

Korang ‘tidak pernah sampai’ ke Perth jika tidak singgah bergambar di bangsal kecil. Begitulah betapa terkenalnya Blue Boat House yang terletak di Perth ini.

Malah, tidak mengejutkan untuk kami katakan Blue Boat House ini merupakan lokasi paling ‘Instagrammable’ di Perth.

MENARIK:  Ketua Kumpulan INFINITE, Kim Sung Kyu Bakal Datang Ke Malaysia Bagi Menjayakan [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour Ogos Ini!

Selain Blue Boat House, Perth juga turut dikenali Freemantle Markets, Pinnacles Dessert. Buat peminat koala dan wallabies, pastikan anda kunjungi Caversham Wildlife Park untuk melihat dengan lebih dekat.

8. Melbourne

Melbourne sememangnya daerah yang unik di Australia. Menawarkan pelbagai destinasi menarik di kawasan sekitarnya membuatkan Melbourne kekal unik.

Bukan itu sahaja, pantai di Melbourne juga sangat bersih dan indah membuatkan destinasi ini menjadi pilihan pelancong seluruh dunia.

Satu lagi perkara yang mungkin ramai yang tidak tahu, terdapat lokasi di Melbourne yang mempunyai salji iaitu di Mt Buller yang sesuai dikunjungi pada bulan Jun sehingga Ogos, untuk pengalaman bermain salji yang tak mungkin dapat dilupakan.

9. Seoul

Buat pencinta drama korea atau muzik K-Pop, pastinya Seoul merupakan destinasi yang perlu berada dalam wishlist korang.

Tidak hanya popular daripada industri hiburan, Seoul sememangnya pilihan buat mereka yang mahu shopping barangan penjagaan kulit, kosmetik yang menjadi kegilaan di Malaysia pada ketika ini.

10. Almaty

Sekiranya korang mahukan pengalaman yang rare serta mahu cuba sesuatu yang baru, Almaty yang bertempat di Kazakhstan antara destinasi yang boleh korang terokai.

Untuk pengetahuan korang, Almaty terletak di kawasan pergunungan Trans-Ili Alatau merupakan destinasi unik antara dunia moden dan tradisional serta menawarkan pengalaman pelancongan baharu.

Selain pelbagai pusat dan bangunan unik, keindahan alam semula jadi dan kulinari melazatkan, Almaty menawarkan tarikan menakjubkan seperti Zenkov Cathedral, arena ski di kawasan pergunungan dan banyak lagi untuk semua.

Boleh tahan banyak juga ya pilihan destinasi. Apa kata cuti tahun 2024 nanti korang cuba pergi tempat yang korang belum pernah pergi lagi sebelum ni. Baru la dapat pengalaman bercuti yang menyeronokkan!

Nak tahu apa yang lebih menarik? AirAsia menawarkan promosi perjalanan kepada semua destinasi yang kami cadangkan ini dengan harga yang tak masuk akal!

Ya, korang berpeluang menempah tiket ke destinasi pilihan korang dengan harga bermula RM299 (one-way) bermula pada hari ini sehingga 25 Februari 2024.

Tempoh penerbangan pula bermula daripada 1 September 2024 sehingga 18 Jun 2025. Sempatlah korang kumpul duit extra sebelum start travel nanti.

Oh ya. Korang boleh tempah tiket penerbangan AirAsia dengan menggunakan airasia Super App. Serius lebih mudah!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular